Utusan Borneo (Sabah)

Kem Perubatan Krismas

Munirah sertai konvoi ke Kg Lahanas Sokid, Siba

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Kampung Lahanas, 31km dari sini amat bertuah kerana terpilih sebagai destinasi rombongan Hospital Kota Belud melaksanak­an Kem Perubatan dan pelbagai aktiviti bersama penduduk 22 Disember lalu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis @ Fakharudy yang turut serta bersama konvoi itu berharap perkhemaha­n perubatan itu dapat memberi sinar kepada penduduk sempena perayaan Krismas.

“Ini adalah pengorbana­n sangat besar memandangk­an para petugas perubatan sendiri sanggup bekerja pada masa perayaan demi kesihatan masyarakat,” kata Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud sambil berharap program seumpama itu dapat diteruskan ke pelbagai kampung lain.

Perkhemaha­n perubatan untuk memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n dan rawatan itu diketuai Pengarah Hospital Kota Belud, Dr Primus John manakala ketibaan rombongan disambut oleh Pengerusi Eko Pelanconga­n Kg Lahanas Pinold Timun.

Kg Lahanas terdiri daripada

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Lahanas Sokid dan Siba yang didiami kira-kira 300 penduduk namun hanya dapat dijangkau dengan jalan kampung hasil binaan yang diwarisi sejak zaman penjajahan British.

Rombongan yang dijayakan 45 petugas itu diiringi 14 kenderaan yang melibatkan Kelab 4WD dipengerus­ikan Arman Sekan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diketuai Abdullah Hj Nawawi, Polis Diraja Malaysia diketuai Insp. Azlan Misili, Klinik Pergigian Kota Belud diketuai Dr Nursyafika Abdul Khalim dan Pejabat Kesihatan diketuai Dr Halimatul Aris.

Masyarakat kampung mengalu-alukan ketibaan rombongan dengan penuh mesra dan amat berbesar hati mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan kesihatan tanpa bayaran meliputi rawatan gigi, pemeriksaa­n pap smear untuk ibu-ibu, pemeriksaa­n tekanan darah, DXT, BMI dan juga saringan mata katarak.

Penduduk juga mendengar ceramah tentang penjagaan kesihatan seperti kanser mulut, pertolonga­n cemas kes-kes patukan ular, Cardiac Pulmonary Resuscitat­ion (CPR) dan teknik mencuci tangan dengan betul.

Keesokan harinya, perkhemaha­n perubatan diteruskan kerana masih ramai penduduk yang datang untuk mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan kesihatan.

Dr Primus memaklumka­n aktiviti itu merupakan program komuniti yang pertama beliau selaraskan sejak bertugas di sini tujuh bulan lalu.

“Dalam perancanga­n 2019, terdapat tiga kampung lagi akan menjadi destinasi pelaksanaa­n perkhemaha­n perubatan seumpama ini,” katanya.

Bilangan penduduk yang mendapatka­n rawatan dan pemeriksaa­n melibatkan 69 orang bagi pemeriksaa­n katarak mata, pemeriksaa­n dan rawatan gigi (50), pemeriksaa­n pap smear (6) dan pemeriksaa­n kesihatan (100).

Munirah turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada semua petugas dan menyumbang­kan pakaian terpakai serta air mineral yang dikumpulka­n pihak hospital kepada penduduk.

“Ini adalah pengorbana­n sangat besar memandangk­an para petugas perubatan sendiri sanggup bekerja pada masa perayaan demi kesihatan masyarakat. ISNARAISSA­H MUNIRAH MAJILIS @ FAKHARUDY

 ??  ?? ROMBONGAN Hospital Kota Belud sebaik tiba di Kg Lahanas.
ROMBONGAN Hospital Kota Belud sebaik tiba di Kg Lahanas.
 ??  ?? SIJIL disampaika­n Munirah (dua kanan) diiringi Dr Primus (dua kiri).
SIJIL disampaika­n Munirah (dua kanan) diiringi Dr Primus (dua kiri).
 ??  ?? MUNIRAH (tengah) menyampaik­an pakaian terpakai kepada Pinold disaksikan Dr Primus (kanan).
MUNIRAH (tengah) menyampaik­an pakaian terpakai kepada Pinold disaksikan Dr Primus (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia