Utusan Borneo (Sabah)

Denda RM1 juta

Jika tidak cukup bekalan petrol

-

KOTA BHARU:Sebanyak 180 buah stesen minyak di negeri ini diberi amaran supaya sentiasa menyediaka­n bekalan minyak mencukupi susulan penurunan harga bahan api itu bermula awal tahun hadapan atau dikenakan tindakan denda berjumlah RM1 juta jika gagal berbuat demikian.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik berkata, mereka perlu prihatin dan sentiasa menyemak semula stok untuk memastikan sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan.

“Langkah itu penting bagi mengelakka­n isu-isu yang tidak diingini berlaku antara pengusaha dan pengguna,

Buat masa ini kami sedang memantau stok petrol terutama di Kelantan memandangk­an negeri ini berada berhampira­n dengan sempadan. Buat masa ini kita belum menerima aduan berhubung mana-mana stesen yang terputus bekalan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah yang dirasmikan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNHEP, Mohamad Hisomuddin Bakar, di Pasaraya Pacific, KB Mall, di sini, pada Sabtu.

Mengenai kejadian minyak tercampur air di sebuah stesen minyak di Selangor akibat kebocoran pada tangki stesen berkenaan Khalid berkata kejadian itu tidak berlaku di mana-mana stesen minyak di negeri ini.

“Bagaimanap­un, kita akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat campuran air dalam tangki minyak di mana-mana stesen minyak memandangk­an ia adalah tanggungja­wab mereka untuk membuat pemeriksaa­n dan analisa.

“Buat masa ini kita dapati stesen minyak di negeri ini menjual petrol mengikut standard operasi prosedur (SOP) masing-masing walaupun Kelantan kerap hujan kebelakang­an ini,” katanya.- Bernama

“Mereka perlu prihatin dan sentiasa menyemak semula stok untuk memastikan sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan. ” KHALID TIK

Pengarah KPDNHEP Kelantan

 ??  ?? SETIAUSAHA Akhbar Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohamad Hisomuddin Bakar (empat, kiri) bersama murid daripada keluarga kurang berkemampu­an memilih pakain sekolah pada Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah di sebuah pasar raya, pada Sabtu.Turut sama Pengarah KPDNHEP Kelantan, Khalid Tik (tiga kiri). -Gambar Bernama
SETIAUSAHA Akhbar Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohamad Hisomuddin Bakar (empat, kiri) bersama murid daripada keluarga kurang berkemampu­an memilih pakain sekolah pada Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah di sebuah pasar raya, pada Sabtu.Turut sama Pengarah KPDNHEP Kelantan, Khalid Tik (tiga kiri). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia