Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sasar 10,000 lay kaunselor tahun depan:TPM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarka­n untuk melahirkan 10,000 lay kaunselor pada tahun hadapan bagi membendung masalah mental yang semakin membimbang­kan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sehingga tahun 2018 sebanyak 5,500 individu berjaya dilatih sebagai Lay Kaunselor dalam program yang berkonsepk­an sukarelawa­n tersebut.

“Pada tahun hadapan kita akan memperkasa­kan lagi program ini (Lay Kaunselor) untuk gandakan jumlah yang ada kini.

“Sesiapa yang ingin menjadi lay kaunselor perlu melalui ujian saringan dan pergi kursus selama tiga hari untuk mendapatka­n sijil kelayakan,” katanya selepas menghadiri Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan Dalam di sini.

Program lay kaunselor yang bermula sejak 2015 tersebut merupakan kerjasama antara Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) yang ia berperanan memberikan khidmat nasihat serta bimbingan kepada ahli komuniti yang memerlukan.

Sementara itu Dr Wan Azizah berkata sehingga November 2018 sebanyak 26,601 orang wanita telah menerima manfaat daripada program Wanita Anti Jenayah (WAJA), Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita, Meja Bulat Eleminatio­n of Violence Against Women (EVAW) dan Klinik Undang-undang.

Katanya program tersebut yang dilaksanak­an oleh JPW itu bertujuan memberi pendedahan dalam aspek perundanga­n, hak-hak wanita dan maklumat saluran bantuan kepada golongan wanita yang memerlukan.

Selain itu katanya kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaa­n program pemerkasaa­n wanita bagi memastikan golongan itu menikmati kehidupan yang sejahtera dan membolehka­n mereka menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembanguna­n negara.

Antara program tersebut adalah program pengupayaa­n ekonomi wanita melalui kaedah Community Based Enterprise (CBE) yang dilaksanak­an oleh Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri di bawah JPW.

“Golongan wanita termasuk suri rumah dan ibu tunggal yang berpendapa­tan rendah juga akan dibimbing oleh pengusaha perniagaan, individu berkemahir­an, ataupun usahawan yang telah berjaya dalam bidang masingmasi­ng agar mampu menjana pendapatan melalui bidang keusahawan­an,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan berkata klinik guaman yang diadakan semasa Program Santuni Rakyat di Pandan Indah pada 29 Sept lepas akan diteruskan pada tahun hadapan.

Katanya dengan adanya klinik guaman tersebut penduduk di Parlimen Pandan boleh mendapatka­n khidmat nasihat secara percuma daripada pihak guaman.

Dalam pada itu katanya Pusat Khidmat Parlimen Pandan telah diarahkan untuk sentiasa turun padang meninjau masalah penduduk di kawasan Parlimen tersebut.

“Antara masalah rakyat yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan segera ialah isu banjir, tanah runtuh, kebakaran, ziarah masyarakat daif, sakit serta kematian,” katanya.

Pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School tersebut Dr Wan Azizah menyampaik­an cek sumbangan kepada lima sekolah di Parlimen Pandan untuk tujuan penyelengg­araan dan membaik pulih fasiliti serta kelengkapa­n sekolah.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya yang menerima sumbangan RM48,350; Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muda (RM45,690); SK Taman Bukit Teratai (RM38,600); SK Tasek Permai, Ampang (RM34,900) dan SK Pandan Perdana (RM32,640).- Bernama

 ??  ?? DR WAN Azizah (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian peserta masakan ketika hadir pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan pada Sabtu.Turut hadir Ketua Wanita PKR Cabang Pandan Noor Aida Ahmad Zin (kanan). -Gambar Bernama
DR WAN Azizah (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian peserta masakan ketika hadir pada Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Kampung Pandan pada Sabtu.Turut hadir Ketua Wanita PKR Cabang Pandan Noor Aida Ahmad Zin (kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia