Utusan Borneo (Sabah)

Kertas siasatan kes kuil Sri Maha Mariamman dihantar ke DPP: KPN

-

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 Nov lepas, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata kertas siasatan berkenaan diserahkan pada Isnin lepas dan polis kini sedang menunggu arahan selanjutny­a daripada DPP berhubung kes ini.

“Kertas siasatan yang dihantar kepada DPP ini merangkumi siasatan kes rusuhan di kuil berkenaan termasukla­h kes kematian anggota bomba Muhammad Adib.

“Siasatan kes masih diteruskan dan kami bertungkus-lumus memastikan siasatan kes berkenaan dapat dilengkapk­an dengan segera serta mereka yang bertanggun­gjawan di bawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media selepas hadir masjlis raikan cinta raja sehari warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Muamalat di Pusat Latihan Polis, di sini, pada Sabtu.

Mengulas mengenai laporan penuh berhubung bedah siasat Muhammad Adib, Mohamad Fuziberkat­alaporanbe­rkenaan masih belum lengkap.

“Laporan bedah siasat (Muhammad Adib) masih belum lengkap dan kami belum terima lagi, apabila sudah lengkap kami akan hantar pada pihak bertanggun­gjawab untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata setakat ini polis masih mengklasif­ikasikan kes kematian Muhammad Adib di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala jumlah tangkapan kes berkenaan masih kekal 108 individu.

“Dakwaan masyarakat yang mengatakan polis tidak membuat sebarang tangkapan dan mengambil tindakan berhubung kes itu adalah tidak benar sama sekali.

“Seramai 26 suspek telah dituduh di mahkamah daripada 108 individu ditahan terlibat kes itu dan kami menjangkak­an akan ada lebih suspek dituduh pada minggu depan tetapi bergantung kepada keputusam DPP,” katanya.

Selain itu, beliau berkata seramai 10 suspek telah tampil beri keterangan daripada 66 individu dicari polis sebelum ini bantu siasatan kes berkenaan.

“Masih ada lagi lebih 50 suspek belum tampil kepada kami bantu siasatan kes ini dan kami minta mereka memberi kerjasama dalam menyelesai­kan siasatan kes ini,” katanya.

Mengulas mengenai empat suspek kes itu yang telah dituduh dan dibebaskan semula dengan jaminan polis sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata polis tidak melakukan tangkapan semula terhadap keempat-empat mereka.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia