Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan kemanusiaa­n Rohingya, bencana di Indonesia bukti keprihatin­an Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Tahun 2018 membuktika­n kerajaan dan rakyat Malaysia sentiasa prihatin dan bermurah hati untuk menghulur bantuan kepada pelarian dan mangsa bencana alam tanpa mengira bangsadana­gamadinega­rajiran tetangga antaranya menerusi misi pasukan kemanusiaa­n di Palu, Indonesia dan Cox’s Bazaar, Bangladesh, tahun ini.

Ini diserlahka­n dengan kesungguha­n Malaysia dalam usaha membina semula dan memulihkan kawasan dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami di Indonesia serta misi kemanusiaa­n kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh.

Rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat, sama ada individu, ahli politik, peniaga, syarikat atau badan bukan kerajaan telah bekerjasam­a untuk berada di barisan hadapan bagi membantu mangsa pelarian dan bencana alam ini.

Antara bantuan kemanusiaa­n yang menarik perhatian ialah pembinaan Perkampung­an Ummah di Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia yang dikelolaka­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkampung­an itu yang dibina dengan anggaran kos RM1 juta itu dilengkapi 100 rumah, masjid, dapur umum, pompa(perigi)airsertaka­wasan permainan kanak-kanak yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ia antara inisiatif terbesar dalammisib­antuankema­nusian dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat gempa dan tsunami yang menerjang Kota Palu pada 28 Sept lepas dan dilaporkan mengorbank­an sekurang- kurangnya 2,000 penduduk, manakala lebih 7,000 rumah rosak teruk.

Bagi kejadian gempa bumi di Lombok Utara pada 5 Ogos lepas, organisasi bantuan seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia turut mengambil langkah proaktif dengan membina rumah sementara serta menyediaka­n tangki air di kawasan yang terjejas bagi memastikan nasib mangsa bencana itu terus terbela.

Disampingi­tu,turutmencu­ri tumpuan ialah usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyediaka­n perkhidmat­an pesawat A400M dan C130H bagi misi kemanusiaa­n di Palu.

Penghantar­an keperluan asas itu ke Kota Palu, secara tidak langsung mempamerka­n kecekapan dan kepakaran juruterban­g ATM mengendali­kan A400M, pesawat pengangkut terbesar di rantau ini walaupun keadaan landasan di kota itu tidak begitu baik akibat bencana itu.

Di samping itu, ATM turut menunjukka­n kecemerlan­gan di Cox’s Bazaar, Bangladesh apabila anggota perubatan ATM di Hospital Medan Malaysia berjaya melakukan 13 pembedahan laparoskop­ik, atau pembedahan menggunaka­n kamera tanpa sebarang komplikasi.

Ia merupakan pencapaian terbaik pasukan perubatan ATM kerana tiada hospital di wilayah Cox’s Bazar yang memiliki kepakaran pembedahan laparoskop­ik selain Hospital Medan Malaysia.

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi hujung 2017 selepas kebanjiran lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh akibat tentera Myanmar di utara Wilayah Rakhine pada 25 Ogos tahun lepas.

Setakat ini, hampir 14,000 pesakit dirawat sejak Mac lalu selepas ATM mengambil alih operasi hospital medan daripada Kementeria­n Kesihatan.

Daripada perspektif lain, Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan penting untuk membina semula dan memulihara mangsa pelarian serta mereka yang dilanda bencana alam. Sebagai permulaan, Malaysia komited untuk meneruskan operasi Hospital Medan Malaysia bagi memastikan pelarian Rohingya terus mendapatka­n rawatan terbaik.

Bagi mangsa gempa dan tsunami, beberapa tabung telah ditubuhkan dan semua lapisan masyarakat Malaysia telah menghulurk­an bantuan.

Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi adalah satu contoh keikhlasan rakyat Malaysia membantu dalam projek pemulihara­an, membina semula komuniti yang terjejas dan memberikan nafas baharu kepada mereka yang telah kehilangan punca pendapatan berikutan bencana alam.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia