Utusan Borneo (Sabah)

AS berkas anggota sekta pelampau Yahudi kerana culik kanak-kanak

-

NEW YORK: Empat anggota sekta pelampau Yahudi yang berpangkal­an di Guatemala telah ditangkap di New York atas tuduhan menculik dua kanak-kanak, kata pendakwa persekutua­n.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin oleh Pejabat Peguam Amerika Syarikat dari Daerah Selatan New York, keempat-empat lelaki itu merupakan anggota Lev Ahor, yang mengamalka­n fahaman Yahudi ultraOrtod­oks dengan ajaran termasuk menutup wanita dari kepala hingga hujung kaki dengan tunik hitam.

Salah seorang lelaki tersebut, Aron Rosner, 45, yang tinggal di Brooklyn, ditangkap pada 23 Disember lepas.

Tiga lagi – Nachman Helbrans, 36, yang dikatakan sebagai ketua sekta itu, dan Mayer Rosner serta Jacob Rosner, masing-masing berusia 42 dan 20 tahun, semua tinggal di Guatemala – dihantar pulang Khamis lepas dari Mexico, di mana mereka telah membawa kanak-kanak terbabit, dan menangkap mereka ketika mereka tiba di New York pada hari yang sama.

Mereka dituduh mengatur penculikan seorang gadis berusia14t­ahundanadi­klelaki-nya, 12 tahun, pada 8 Disem-ber lalu di perkampung­an Woodridge, kira-kira 150 kilometer ke utara New York.

Kira-kira enam minggu sebelum itu, ibu mereka melarikan diri dari sekta tersebut di Guatemala kerana bimbang mengenai keselamata­n keluargany­a.

Dia dahulu merupakan “anggota sukarela” kumpulan itu yang ditubuhkan oleh bapanya, tetapi percaya ia akan menjadi jauh lebih ekstrem lagi di bawah ketua baharu yang juga abangnya, Nachman Helbrans.

Keempat-empat suspek merangkape­lanuntukme­nculik mangsa dan membawa mereka balik ke Guatemala menerusi Mexico dan mener-bangkan kanak-kanak itu keluar dari sebuah lapangan terbang kecil di luar Scranton, Pennsylvan­ia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia