Utusan Borneo (Sabah)

Bangladesh perketat kawalan keselamata­n

Kerah 600,000 anggota pasukan keselamata­n, Hasina dijangka memenangi penggal keempat

-

DHAKA: Bangladesh memperting­katkan lagi kawalan keselamata­n semalam dalam usaha untuk membendung keganasan pada pilihan raya umum yang dijangka akan menyaksika­n Perdana Menteri Sheikh Hasina mencipta rekod dengan memenangi penggal keempat.

Pihak berkuasa telah mengerahka­n kira-kira 600,000 anggota polis, tentera dan pasukan keselamata­n lain menjelang pilihan raya pada hari ini (Ahad), kata seorang pegawai kanan, ekoran kempen ber- darah yang dicemari rusuhan.

Pasukan keselamata­n – termasuk Batalion Tindakan Pantas yang elit, tentera laut, pengawal sempadan dan pantai serta unit polis bantuan – menyediaka­n kawalan keselamata­n di kira-kira 40,000 balai undian.

“Kami sudah memastikan tahap keselamata­n tertinggi di Bangladesh selari dengan kapasiti negara,” kata Rafiqul Islam dari Suruhanjay­a Pilihan Raya kepada AFP.

“Kita berharap suasana aman,” katanya.

Rusuhan telah berlaku di negara majoriti Muslim yang mempunyai 165 juta penduduk itu menjelang pilihan raya.

Seramai 13 orang sudah terkorban dan ratusan lagi cedera dalam pertelingk­ahan di antara penyokong Liga Awami pimpinan Hasina yang memerintah negara dengan aktivis pembangkan­g dari Parti Nasionalis Bangladesh (BNP).

BNP, yang memulaukan pilihan raya pada 2014, berkata penyokongn­ya sengaja disasari dalam usaha untuk menghalang mereka daripada mengundi dan mengatur keputusan pilihan raya untuk memihak kepada Hasina.

Liga Awami dan BNP mengetuai pakatan mereka sendiri dalam pilihan raya parlimen ke-11 di negara itu sejak kemerdekaa­n pada 1971.

BNP, parti yang diketuai Khaleda Zia yang dipenjara atas tuduhan rasuah, menuduh Suruhanjay­a Pilihan Raya berat sebelah sewaktu kempen pilihan raya – dakwaan yang ditolak oleh ketua pesuruhjay­anya K.M Nurul Huda.

Pembangkan­g berkata kirakira 14,000 aktivisnya sudah ditahan sejak jadual pilihan raya diumumkan pada 8 November.

Ia turut mendakwa kira-kira 12,000 aktivis cedera dalam serangan oleh pengikut parti pemerintah. Parti pemerintah menafikan dakwaan itu.

Rafiqul Islam berkata pihak berkuasa pilihan raya masih berharap pemilihan itu boleh dipercayai.

Amerika Syarikat telah me-nimbulkan kebimbanga­n me-ngenai pilihan raya itu manakala Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu menuntut usaha yang lebih gigih untuk memastikan pemilihan itu adil.

“Kami berusaha sedaya upaya untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya.

Islam menambah pihak berkuasa mungkin akan memperlaha­nkan kelajuan Internet pada hari pilihan raya dalam usaha untuk “mencegah penularan khabar angin” yang dapat mencetuska­n pergolakan.

Pengawal telekom negara menutup khidmat Internet kelajuan tinggi Khamis lepas sebelum memulihkan­nya semula pada pagi kelmarin.

Suruhanjay­a Pilihan Raya turut mengenakan sekatan ke atas pengangkut­an awam dan kereta pada hari pengundian dalam usaha untuk memelihara keselamata­n dan “menjalanka­n pilihan raya dengan lancar”, katanya. — AFP

 ??  ?? KAKITANGAN keselamata­n Bangladesh membawa bahan pilihan raya di pusat pengagihan di Dhaka semalam. — Gambar AFP
KAKITANGAN keselamata­n Bangladesh membawa bahan pilihan raya di pusat pengagihan di Dhaka semalam. — Gambar AFP
 ??  ?? TENTERA Bangladesh meronda di lebuh raya kelmarin menjelang pilihan raya umum ke-11 di Dhaka, Bangladesh. — Gambar Reuters
TENTERA Bangladesh meronda di lebuh raya kelmarin menjelang pilihan raya umum ke-11 di Dhaka, Bangladesh. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia