Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi 6.9 gegar perairan Pulau Mindanao: USGS

-

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.9 berlaku di perairan Pulau Mindanao, selatan Filipina, semalam, kata pemantau, yang menambah ancaman tsunami boleh berlaku di beberapa bahagian di Filipina dan negara jiran Indonesia.

Gempa berlaku ke tenggara Davao pada kedalaman 59 kilometer, kata Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS), manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata “ombak tsunami yang berbahaya daripada gempa bumi ini boleh berlaku” di sepanjang pantai Indonesia dan Filipina.

Bagaimanap­un ombak tsunami diramalkan kurang daripada 30 sentimeter tinggi, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Pejabat seismologi kerajaan Filipina berkata bandar di selatan negara merasai gegaran “sederhana kuat”.

Pejabat pertahanan awam wilayah berkata ia tidak me-nerima laporan segera tentang kerosakan atau kematian dalam gempa itu.

Menurut USGS, kemungkina­n bagi kematian dan kerosakan adalah rendah, tetapi ia memberi amaran bahawa gempa bumi baru-baru ini di kawasan kejadian telah menyebabka­n kejadian tanah runtuh.

Filipina dan Indonesia terletak di atas Lingkaran Api, sebuah wilayah yang luas dan besar di Lautan Pasifik di mana banyak gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku.

Bencana gempa besar ter-akhir yang melanda Filipina adalah pada 2013 apabila gempa berukuran 7.1 me-ngorbankan lebih 220 orang dan memusnahka­n gereja bersejarah di pulau-pulau tengah.

Indonesia sudah dilanda dua tsunami besar pada tahun ini. Lebih 400 orang maut pada hujung minggu lepas setelah letusan sebuah gunung berapi mencetuska­n ombak maut yang melanda kawasan pantai barat Pulau Jawa dan selatan Sumatra.

Satu kejadian gempa-tsunami pada September lalu mengorbank­an kira-kira 2,200 orang di Palu di Pulau Sulawesi, manakala ribuan lagi hilang dan diandaikan sudah mati. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia