Utusan Borneo (Sabah)

PM Kemboja selar ‘demokrasi, hak asasi manusia’ ala-Barat

-

PHNOM PENH: Pemimpin kuku besi Kemboja Hun Sen menyelar kerajaan Barat kerana memaksa negaranya mengamalka­n “demokrasi dan hak asasi manusia”, dalam ucapan berapi-api semalam untuk melengkapk­an tahun politik yang bergolak.

Perdana menteri berusia 66 tahun itu sudah memerintah Kemboja selama lebih tiga dekad, dan negara Asia Tenggara itu semakin memihak kepada China sejak beberapa tahun lalu berkat pinjaman bagi infrastruk­tur dan beberapa rungutan mengenai isu hak asasi manusia.

Pentadbira­nnya memerintah semula selama lima tahun lagi pada Julai lalu ekoran pilihan raya yang dikecam oleh pengkritik sebagai satu sandiwara, yang mendorong ugutan dari Kesatuan Eropah untuk menarik balik akses bebas cukai kepada negara EU.

Namun Hun Sen tetap ing-kar semalam ketika beliau merasmikan sebuah tugu de-ngan ukiran yang mempamerka­n pencapaian kerajaanny­a.

“Jangan mencetuska­n peperangan dengan menggunaka­n apa yang dipanggil demokrasi dan hak asasi manusia, di mana negara demokratik pernah membuat kesilapan apabila mereka menyokong kudeta Lon Nol,” katanya dalam ucapan kepada ribuan pegawai.

Rejim Lon Nol yang di-sokong oleh Amerika Syarikat (AS) digulingka­n oleh kumpulan ultra-Maoist, Khmer Rouge, pada 1975, untuk memulakan kezaliman selama empat tahun apabila rakyat Kemboja dipaksa tinggal dalam masyarakat pertanian, melakukan kerja buruh kasar, serta diseksa dan dibunuh jika mereka disyaki berkomplot untuk menentang pemimpin Pol Pot.

Hun Sen merupakan seorang bekas anggota Khmer Rouge yang membelot dan memainkan peranan dalam usaha mengguling­kan rejim genosid itu pada 1979, walaupun AS kemudian cuba mengekalka­n Khmer Rouge yang digulingka­n dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Anda sebagai sebuah negara demokratik menyokong Pol Pot, yang pernah membunuh orang tanpa mengambil kira tentang menghormat­i hak asasi manusia,” kata Hun Sen, tanpa menyebut nama AS. “Anda menyokong mereka untuk mengekalka­n kerusi di PBB.”

Kerajaan Kemboja membubarka­n parti pembangkan­g utama itu dan memenjara pemimpinny­a sebelum pilihan raya pada Julai lalu di mana ia memenangi setiap kerusi parlimen untuk mengubah negara itu kepada sebuah negara satu parti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia