Utusan Borneo (Sabah)

Turki siasat wartawan Fox Haber

Kerana ‘secara terbuka hasut orang lain untuk melakukan jenayah’

-

ISTANBUL: Seorang pendakwa Turki kelmarin melancarka­n siasatan ke atas seorang penyampai berita TV terkemuka tidak sampai dua minggu selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan mengecam wartawanit­u,mediatempa­tan melaporkan.

Pejabat pendakwa itu berkata ia menyiasat Fatih Portakal dari saluran Fox Haber Turki kerana “secara terbuka menghasut orang lain untuk melakukan jenayah” selepas wartawan itu membuat spekulasi sama ada rakyat Turki dapat menunjuk perasaan seperti mereka dalam pergerakan ‘Ves Kuning’ di Perancis, kata akhbar-akhbar harian Hurriyet dan Milliyet.

“Marilah, mari mengadakan protes yang aman, protes menentang bayaran gas asli yang semakin naik. Marilah, mari melakukann­ya. Adakah kita dapat melakukann­ya?” tanya wartawan itu yang mempunyai lebih enam juta pengikut dalam Twitter.

“Demi kasih Tuhan, beritahu saya berapa ramai orang akan keluar?” tanya Portakal ketika beliau membuat spekulasi tentang impak daripada ketakutan rakyat Turki untuk menunjuk perasaan dalam satu program berita pada 10 Disember lepas.

Sewaktu protes antikeraja­an pada 2013, Erdogan dikritik bagi kekasaran polis dalam tindakan mereka ke atas penunjuk perasaan.

Kenyataan Portakal diterjemah oleh pegawai Turki sebagai satu seruan untuk menunjuk perasaan pada waktu negara itu sedang mengalami inflasi tinggi.

Harga pengguna mencecah 25 peratus pada Oktober lalu sebelum ia jatuh kepada 21.62 peratus pada November.

Portakal membuat kenyataan berkenaan dalam satu segmen berita tentang pergerakan ‘ves kuning’ di Perancis, yang bermula sebagai satu demonstras­i untuk membantah kenaikan harga bahan bakar pada November lepas tetapi sejak itu berubah menjadi tentangan antikeraja­an yang lebih umum.

Erdogan beberapa kali mengkritik wartawan itu di atas kenyataann­ya, dan berkata pada pertengaha­n Di-sember lepas: “Dia memanggil orang untuk keluar ke jalan raya. Sedari tempat anda! Jika anda tidak sedari tempat anda, rakyat akan memberi pengajaran kepada anda.”

Pada awal minggu ini, pihak berkuasa audiovisua­l di Turki, RTUK, mendenda Fox Haber Turki dengan jumlah yang tidak didedahkan dan berkata saluran itu perlu menggantun­g tiga siaran pada masa depan bagi program berita waktu perdana berkenaan.

Fox Haber Turki memberi liputan yang lebih luas kepada parti pembangkan­g berbanding saluran aliran utama lain dalam landskap media yang semakin sempit di Turki di bawah pemerintah­an Erdogan.

Fox Haber, yang bermaksud Fox News dalam bahasa Turki, tidak ada kaitan dengan Saluran Fox News di Amerika Syarikat.

Siasatan dibuat selepas dua pelakon terkenal di Turki dituduh menghina Erdogan dalam satu program televisyen di saluran Halk TV pada minggu lepas.

Sebuah mahkamah di Istanbul pada Isnin lalu melepaskan kedua-dua lelaki tersebut dengan ikat jamin bersyarat setelah mereka dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pendakwa.

Sekutu Turki dan pembela hak asasi manusia telah membangkit­kan kebimbanga­n mengenai kekangan ke atas kebebasan ekspresi di bawah Erdogan, selepas puluhan wartawan dan aktivis masyarakat madani dipenjara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia