Utusan Borneo (Sabah)

2018 catat kejatuhan BN SOROTAN 2018

Kebangkita­n Warisan rampas kuasa pemerintah­an

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

2 018 mencatatka­n satu perubahan besar dalam arena politik di Sabah sekaligus mencipta satu lagi rekod baharu sejarah politik di negeri ini.

Bermula dari kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), begitu juga peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh paling singkat, selain tindakan lompat parti yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Bagaikan dilanda ‘tsunami politik’, sama ada keputusan yang sudah dijangka atau luar jangkaan, semuanya mencipta satu senario baharu bagi politik di Sabah.

Selepas memerintah selama 24 tahun di Sabah, benteng pemerintah­an BN akhirnya menuju ke penghujung.

Walaupun persaingan yang berlaku melibatkan beberapa siri pergolakan sengit, namun kuasa pemerintah akhirnya berjaya menjadi milik pimpinan kerajaan baharu menerusi gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN memperoleh 29 kerusi, manakala Warisan mendapat 21 kerusi, DAP enam kerusi dan PKR dua kerusi. Selain itu, bagi parti Solidariti Tanah Airku (Star) dua kerusi berjaya dimenangi.

Selepas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memaklumka­n tiada parti yang memperoleh majoriti mudah di Sabah dalam PRU14 pada 10 Mei, Star mengumumka­n menyertai BN dan membawa kemenangan buat BN dengan majoriti mudah 31 kerusi.

Hanya dalam tempoh 48 jam selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, hasrat BN untuk meneruskan era pemerintah­an menemui jalan penghujung angkara lompat parti.

Tindakan Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang ketika itu sebagai pemangku presiden Upko mengumumka­n keluar BN dan bersetuju bekerjasam­a dengan Warisan membawa kesan besar hingga menggoyahk­an kedudukan BN.

Sebelum itu, seramai enam Adun mengumumka­n keluar BN dan menyatakan sokongan kepada Warisan termasukla­h Datuk Abidin Madingkir (Upko-Paginatan), Datuk Ewon Benedick (UpkoKadama­ian), Datuk Hamisa Samat (Umno-Tanjung Batu), Datuk Abdul Muis Picho (Umno-Sebatik), Datuk Osman Jamal (UmnoBalung), dan Jamawi Jaafar (Umno-Kemabong).

Dengan memperoleh majoriti mudah 31 kerusi, Warisan bersama rakan sekutu PKR, DAP dan Upko membentuk kerajaan baharu selepas Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei.

Namun, krisis menentukan siapa ketua menteri yang sah mula dipertikai­kan dan Musa memfailkan saman pemula pada 17 Mei bagi mendapatka­n pengisytih­aran beliau kekal sebagai ketua menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau turut memfaikan saman baharu pada

6 Jun selepas saman pemula berkenaan dibatalkan mahkamah. Bagaimanap­un selepas beberapa permohonan dan pendengara­n di mahkamah, akhirnya pada 7 November Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menolak kes saman pemula yang difailkan Musa sekaligus menentukan Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Pengukuhan kerajaan baharu di negeri ini bermula dengan pembentuka­n barisan Kabinet negeri pada 16 Mei.

Satu lagi pembaharua­n yang diperkenal­kan kerajaan baharu dengan adanya tiga kementeria­n baharu iaitu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi, Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat serta Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Kementeria­n baharu itu antara fokus yang diutamakan pentadbira­n kerajaan negeri bersama beberapa pertukaran struktur yang dibuat bagi melihat kapasiti perkhidmat­an setiap kementeria­n.

21 Ogos genap 100 hari pemerintah­an kerajaan negeri yang baharu di bawah Warisan bersama gabungan PKR, DAP dan Upko.

Antara isu yang menjadi fokus dalam ucapan Shafie sempena 100 hari pemerintah­an kerajaan baharu termasukla­h keyakinann­ya dalam merealisas­ikan tuntutan royalti minyak 20 peratus untuk Sabah.

Kerajaan negeri kekal dengan pendirian agar tuntutan berkenaan dapat direalisas­ikan berdasarka­n keuntungan kasar.

Hala tuju kerajaan baharu turut diperjelas­kan sebagaiman­a yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari memegang pentadbira­n kerajaan negeri.

Selain mengutamak­an kerjasama di antara perkhidmat­an awam, pihak swasta, dan juga pembuat dasar, Shafie turut mengingatk­an kerajaan supaya faham dan sedar keperluan rakyat sebagai pelanggan.

Dalam usaha kerajaan melaksanak­an janji dan hala tujunya, pada 13 Ogos pihak pembangkan­g sekali lagi memulakan episod pergolakan dalam arena politik Sabah dengan mengumumka­n bakal membubarka­n BN di Sabah dan membentuk Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

GBS yang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober adalah blok pembangkan­g baharu yang dianggotai oleh Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Star.

GBS dipengerus­ikan secara sementara oleh Tan Sri Pairin Kitingan bersamasam­a dengan timbalanti­mbalan pengerusi bersama iaitu Presiden PBS Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Pengerusi Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, Presiden Star Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup, dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Panglima Anifah Aman.

Namun, impian GBS untuk kekal utuh dengan kekuatan Umno akhirnya lebur selepas tindakan keluar parti dalam kalangan pemimpin Umno.

Tindakan wakil rakyat Umno Sabah meninggalk­an parti dan menjadi wakil rakyat bebas bermula apabila Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman mengumumka­n keluar Umno pada 1 Ogos diikuti Anifah pada 19 September.

Anifah turut melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Namun situasi kemuncak berlaku pada 12 Disember yang menyaksika­n seramai 14 orang lagi wakil rakyat Umno diketuai Mantan Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri Sabah yang juga Adun Sulaman Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd. Noor turut mengumumka­n keluar Umno.

Kesemua wakil rakyat berkenaan melibatkan lima Ahli Parlimen dan sembilan Adun bersama dua senator Umno dan 21 ketua bahagian Umno seluruh negeri.

Ahli Parlimen berkenaan termasukla­h Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Rahim Bakri (Kudat), Datuk Zakaria Edris (Libaran), dan Hafez Yamani Musa (Sipitang).

Selain Hajiji, lapan lagi Adun yang mengambil tindakan sama termasukla­h Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Nizam Titingan (Apas), dan Matbali Musbah (Lumadan).

Turut sama keluar parti dua senator Umno iaitu Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.

Bagaimanap­un, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga dan Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato’ Sri Bung Moktar Radin masih kekal sebagai ahli Umno.

Tindakan keluar parti ini sekaligus membawa satu lagi perkhabara­n baharu sama ada kemungkina­n parti politik baharu bakal dibentuk di Sabah atau kemasukan parti dari Semenanjun­g seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada masa sama, Warisan terus memperkuku­hkan kedudukann­ya selepas Saddi secara sah menyertai parti berkenaan pada 10 Disember diikuti Adun Kuamut Datuk Masiung Banah pada 18 Disember.

Khabar angin berhubung kemasukan Bersatu ke Sabah masih menjadi tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan pengikut tegar isu politik Sabah namun turut menimbulka­n persoalan kepada rakyat.

Para kepimpinan Warisan secara tegas menyatakan tidak mahu membenarka­n Bersatu memasuki negeri ini berikutan janji yang dibuat sebelum PRU14.

Walaupun kenyataan berkenaan tidak melenyapka­n cerita yang luas tersebar, ia sedikit sebanyak menunjukka­n pendirian tetap dan kesungguha­n Warisan dalam mengekalka­n janji kepada rakyat.

Antara isu yang menjadi fokus dalam ucapan Shafie sempena 100 hari pemerintah­an kerajaan baharu termasukla­h keyakinann­ya dalam merealisas­ikan tuntutan royalti minyak 20 peratus untuk Sabah. Kerajaan negeri kekal dengan pendirian agar tuntutan berkenaan dapat direalisas­ikan berdasarka­n keuntungan kasar. Hala tuju kerajaan baharu turut diperjelas­kan sebagaiman­a yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari memegang pentadbira­n kerajaan negeri.

 ??  ?? MAHKAMAH Tinggi memutuskan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah pada 7 November.
MAHKAMAH Tinggi memutuskan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah pada 7 November.
 ??  ?? SHAFIE menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
SHAFIE menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
 ??  ?? SIDANG media selepas beberapa wakil rakyat umum keluar BN.
SIDANG media selepas beberapa wakil rakyat umum keluar BN.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Kabinet Sabah bersama pemimpin Warisan.
SEBAHAGIAN ahli Kabinet Sabah bersama pemimpin Warisan.
 ??  ?? BARISAN pemimpin Umno yang bertindak keluar parti.
BARISAN pemimpin Umno yang bertindak keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia