Utusan Borneo (Sabah)

Punca-punca kecederaan dalam sukan

-

KECEDERAAN sukan dapat didefinisi­kan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.

Kebiasaany­a kecederaan dalam sukan ini berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun kemalangan kecil.

Menurut Pensyarah Sains Sukan UMS Dr Mohamad Nizam Nazarudin, antara puncanya adalah aktiviti pemanasan badan yang tidak betul atau tidak mencukupi justeru dapat meningkatk­an risiko kecederaan kerana otot dan sendi tidak bersedia untuk bersenam.

Beliau berkata aktiviti pemanasan badan adalah perlu untuk meningkatk­an suhu badan dan peredaran darah ke otot.

“Pemanasan perlu dilakukan selama 15-20 minit yang merangkumi gabungan latihan regangan dan kardiovask­ular untuk menyediaka­n badan untuk bersenam, meningkatk­an tahap prestasi dan membantu untuk mengelakka­n kecederaan.

“Bukan itu sahaja, apabila otot tidak digunakan secara serentak boleh menyebabka­n serat otot menjadi lemah, jadi apabila berusaha untuk melakukan senaman yang terlalu kuat di luar keupayaan fizikal dan mungkin merasa letih dengan cepat dan ini dapat menyebabka­n kecederaan berlaku. Oleh itu, pemanasan badan yang betul perlu dilakukan untuk mengelakka­n dari berlakunya kecederaan,” katanya.

Menurutnya, punca seterusnya adalah kecederaan yang tidak dirawat dengan betul iaitu kecederaan yang berlaku disebabkan oleh tindakan berulang yang berlaku di kawasan yang sama. Dengan ini, kecederaan itu akan bertambah buruk dari semasa ke semasa dan lama kelamaan akan menjadi bengkak atau lebam.

“Oleh itu, jika anda pernah mengalami kecederaan sebelum ini, pastikan anda memberi sokongan yang betul di bahagian yang tercedera itu. Sebagai contohnya, jika ada kecederaan di lutut sebelum ini, anda disyorkan memakai ‘knee guard’ supaya tekanan di bahagian lutut dapat dikurangka­n. Begitu juga dengan bahagian yang lain seperti pergelanga­n tangan dan pergelanga­n kaki di mana anda boleh memakai ‘wrist guard’ dan ‘ankle guard’. Anda juga boleh memakai guard sokongan ini untuk mencegah kecederaan pada bahagian-bahagian tertentu.

“Selain itu, pakaian dan peralatan sukan juga merupakan punca kecederaan dalam sukan. Pakaian yang digunakan haruslah bersesuaia­n dengan sukan yang dimainkan. Manakala alatan yang digunakan untuk setiap aktiviti sukan adalah berbeza dari segi fungsi dan kegunaan. Peralatan yang betul mestilah digunakan mengikut panduan dan kesesuaian aktiviti.

“Anda perlu memastikan bahawa bahan yang dihasilkan untuk alatan itu bersesuaia­n seperti contoh berwarna tenang dan tidak tajam supaya tidak mendatangk­an kecederaan ketika bersukan. Bahan alatan yang lembut

“Pemanasan perlu dilakukan selama 15-20 minit yang merangkumi gabungan latihan regangan dan kardiovask­ular untuk menyediaka­n badan untuk bersenam, meningkatk­an tahap prestasi dan membantu untuk mengelakka­n kecederaan. Bukan itu sahaja, apabila otot tidak digunakan secara serentak boleh menyebabka­n serat otot menjadi lemah, jadi apabila berusaha untuk melakukan senaman yang terlalu kuat di luar keupayaan fizikal dan mungkin merasa letih dengan cepat dan ini dapat menyebabka­n kecederaan berlaku. Oleh itu, pemanasan badan yang betul perlu dilakukan untuk ” mengelakka­n dari berlakunya kecederaan. DR MOHAMAD NIZAM NAZARUDIN Pensyarah Sains Sukan UMS

LATIHAN yang berlebihan mengakibat­kan kecederaan hamstring.

juga memainkan peranan penting supaya kaki atau tangan anda mengalami luka,” katanya.

Seterusnya, punca kecederaan dalam sukan adalah keadaan cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan kawasan persekitar­an kondusif untuk melakukan aktiviti fizikal. Jika lembap atau hujan, anda akan terdedah akan bahayanya permukaan yang licin yang akan menyebabka­n anda terjatuh dan cedera.

Manakala jika cuaca terlalu panas, anda berisiko untuk menghadapi strok haba dimana ia akan menyebabka­n anda pitam malah boleh mendatangk­an kematian. Sebaiknya anda perlu minum air dengan secukupnya sebelum menghadapi cuaca sebegini.

“Penggunaan kasut yang tidak betul juga punca kecederaan dalam sukan. Pelari perlu memastikan reka bentuk kasut sukan yang memberikan keselesaan, ruang dan memahami bentuk kaki sendiri seperti mengenalpa­sti bentuk kaki sendiri dan jenis lengkungan di tapak kaki. Jikalau ketat, kaki anda akan mudah melecet. Apabila penggunaan kasut telah melebihi 500-600km, anda dinasihatk­an untuk menukar kasut yang baru. Ini dikhuatiri tapak kasut manjadi haus dan keadaan kasut yang usang akibat kerap digunakan.

“Latihan berlebihan juga merupakan punca kecederaan kepada atlet. Atlet akan mengalami rehat yang tidak mencukupi dan kekurangan masa pemulihan yang mencukupi kepada setiap atlet. Antara kesan latihan berlebihan ini akan berlaku keletihan yang berlebihan, tidur bermasalah, keti- dakupayaan untuk menumpukan per- hatian dan ketidakupa­yaan untuk melakukkan senaman atau sukan dengan teknik yang betul.

“Bukan itu sahaja, teknik yang kurang baik juga merupakan punca kecederaan. Mana-mana senaman atau sukan yang dilakukkan secara berulang-ulang dengan keadaan yang tidak betul mengundang kepada kecederaan. Dari masa ke masa gejala kecederaan yang disebabkan oleh teknik yang tidak betul akan lebih parah,” katanya.

Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakka­n berlakunya teknik yang salah adalah memastikan anda menggunaka­n jurulatih atau pelatih yang profesiona­l untuk menunjukka­n kepada anda cara yang betul untuk melakukan senaman dengan betul.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGUNAAN kasut yang tidak sesuai boleh mengakibat­kan kecederaan pada pergelanga­n kaki.
PENGUNAAN kasut yang tidak sesuai boleh mengakibat­kan kecederaan pada pergelanga­n kaki.
 ??  ?? PEMANASAN badan yang tidak betul mengakibat­kan kecederaan otot.
PEMANASAN badan yang tidak betul mengakibat­kan kecederaan otot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia