Utusan Borneo (Sabah)

Sabah naib johan bola tampar MSKPPM

Temasya sukan dan kebudayaan MSKPPM 2018 peringkat kebangsaan di Kuching

- Oleh SALMAN ABADI

SEMPORNA: Pasukan bola tampar lelaki Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) berjaya muncul naib johan pada temasya sukan dan kebudayaan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Kali Ke46, 2018 peringkat kebangsaan yang berlangsun­g di Kuching Sarawak, baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsun­g pada 15 – 21 Disember lalu, diadakan di Dewan Datuk Kawadan, di kawasan perindustr­ian di Kuching.

Pengurus pasukan bola tampar PSKPP Sabah, Zul Ahmad Kasuagi berkata pasukan Sabah berjaya memberi saingan hebat sepanjang kejohanan itu sehingga mencipta sejarah berjaya mara ke final.

Bagaimanap­un, pasukan bola tampar PSKPP Sabah terpaksa akur tewas 0-2 (19-25 dan 22-25) kepada pasukan tuan rumah, Sarawak.

Tempat dan ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Perak dan Pahang.

Sabah yang dibimbing jurulatih berpengala­man, Hamdi Hashim dari SK Kawiyan Sugut ranau dan Sudriman Yappa dari SK Kg Jawa Tawau, mara ke final selepas menyingkir­kan pasukan Perak 2-1 (25-19, 23-25, 158) pada perlawanan separuh akhir, manakala Sarawak pula mengalahka­n Pahang (separuh akhir).

Zul Ahmad yang juga Penyelia Sukan Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna berkata terdahulu

PASUKAN bola tampar PSKPP Sabah muncul naib johan temasya sukan dan kebudayaan MSKPPM 2018 bersama pengurus pasukan, Zul Ahmad Kasuagi (kiri).

daripada itu, Sabah bermain cemerlang dan konsisten menewaskan Selangor 2-0 (2826, 25-17) pada peringkat suku akhir.

Katanya, PSKPP Sabah yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama pasukan Terengganu dan Melaka, berjaya muncul juara kumpulan B selepas mudah menundukka­n Melaka 2-0 (2514, 25-14) dan mengalahka­n Terengganu 2-1 (25-18, 22-25, 15-8) di peringkat kumpulan.

Menurutnya, pasukan negeri jiran (Sarawak) bermain lebih baik para perlawanan akhir yang hebat dan menarik itu, di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Walaupun Sabah gagal meraih pingat emas, namun kejayaan muncul naib johan kejohanan peringkat kebangsaan itu tetap membanggak­an dan ia satu kejayaan manis seluruh warga pendidikan di Sabah, khususnya daerah Semporna,” ujarnya.

“Secara keseluruha­nnya, kita amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan bola tampar mara ke final dan semua pegawai dan pemain telah menunjukka­n komitmen yang tinggi semasa latihan dan kejohanan,” katanya sambilmera­kamkanpeng­hargaan dan terima kasih atas amanah dan kepercayaa­n yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kepada PPD Semporna dan berharap pasukan bola tampar boleh muncul juara pada kejohanan MSKPPM tahun depan.

Mengulas lanjut, Zul Ahmad persiapan yang mantap seperti mengadakan latihan intensif dan perlawanan persahabat­an serta kesanggupa­n para pemain berkorban untuk menyelesai­kan isu keperluan penginapan dan gelanggang.

“Semangat kerjasama sepasukan antara pegawai pasukan dan para pemain merupakan kunci kejayaan ini dan pembakar semangat untuk beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah, sasaran peribadi pengurus di hadapan Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPK semasa mesyuarat di JPN Sabah bahawa bola tampar akan menyumbang kemenangan untuk kontinjen Sabah, tanpa mengira warna pingat,” katanya sambil bersyukur kerana sasaran itu berjaya dicapai.

Pasukan bola tampar PSKPP Sabah 2018 terdiri daripada Stanley Yamud @ Abai dari SK Gusi Ranau, manakala 12 pemain yang membarisi pasukan bola tampar PSKPP Sabah 2018 ialah Safri Oyong, Khairoul Nashreeq japar, Mariduan Marjan, Mohd Asirul Awan Ahmad, Iskandar Mukaram, Sainudin Sudin,Mohd Nasir Goran, Ruhizah Dakim, Rijun Ujam, Mohd Syafik Ginus, Ralph Magintal dan Syarif Khairudin S Edris.

Turut menyaksika­n perlawanan akhir itu ialah Ketua Penyelaras Kontinjen PSKPP Sabah, Datu Roslin Datu Siabok yang juga KPP Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah dan Penolong Setiausaha Agung PSKPP Sabah, Abd Rahman Wahab.

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Datuk Dr Amin Senin yang juga berasal dari Sabah.

Penolong Penyelaras Kontinjen PSKPP Sabah, Abd Hakim Awang Ali berkata seramai 196 orang peserta dan pegawai kontinjen terlibat mewakili Sabah ke temasya itu untuk mengambil bahagian dalam kesemua 10 acara yang dipertandi­ngkan.

Katanya, 10 acara itu ialah bola sepak (senior dan veteran), bola tampar (lelaki dan perempuan), sepak takraw, bola jaring, boling tenpin, golf dan catur, manakala acara kebudayaan ialah pertanding­an kugiran dan nyanyian.

 ??  ??
 ??  ?? DATU Roslin (depan, tengah) dan Abd Rahman Wahab (kanan) turut memberi semangat dan menyaksika­n perlawanan akhir kejohanan itu.
DATU Roslin (depan, tengah) dan Abd Rahman Wahab (kanan) turut memberi semangat dan menyaksika­n perlawanan akhir kejohanan itu.
 ??  ?? AMIN (depan, tiga kiri) bergambar kenangan bersama pasukan bola tampar PSKPP Sabah.
AMIN (depan, tiga kiri) bergambar kenangan bersama pasukan bola tampar PSKPP Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia