Utusan Borneo (Sabah)

Badminton terbuka Sandakan dapat sambutan

- ARUNARNSIN diiringi Musa (kiri) menyampaik­an hadiah kepada johan beregu lelaki novis, Nazri dan Wasli (dua kanan). Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kejohanan Badminton Terbuka Sandakan 2018 Piala Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarnsin Taib anjuran Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan hampir seratus pemain.

Kejohanan dua hari itu dengan tema ‘Pencapaian Tanpa Batas’ berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan di sini.

Setiausaha PBBS, Jaiman Lumak berkata, tiga acara yang dipertandi­ngkan ialah beregu lelaki terbuka (BLT), beregu campuran umur 90 tahun dan ke atas (BLCU90+) dan juga beregu lelaki novis (BLN) tertutup untuk bahagian/zon Sandakan sahaja.

Pasangan Azmie Zinin/ Kamaruddin Massa muncul juara kategori beregu lelaki campuran umur 90 tahun ke atas, menewaskan pasangan Bakri Burahima/Sudirman Abas 2 – 1 (9-21, 21-16, 21-19) pada perlawanan akhir yang sengit dan menarik.

Pada peringkat separuh akhir, pasangan Azmie/Kamaruddin menewaskan pasangan Jambing Paraji/Rusdy Rosli (21-16, 24-22), manakala pasangan Bakri/Sudirman mengalahka­n pasangan Jupri/Abu Bakar Suni (21-14, 21-9).

Bagi acara beregu lelaki novis, johan dimenangi pasangan Wasli Albert/Nazri Juita yang menewaskan pasangan Mohd Faizal Kassim/Kaw Ming Chung 2 – 0 (21-15, 21-9).

Pasangan Wasli/Nazri mara ke final selepas menyingkir­kan pasangan Ismail Dali/Cornelius Engkap 2 - 0 (21-10, 21-18) para saingan separuh akhir.

Pasangan Mohd Faizal/ Ming Chung pula mara ke final setelah mengenepik­an cabaran pasangan adik-beradik, Mohd Redzuan Oting/Mohd Rezam Oting 2-1 (21-18, 21-23, 21-18) dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Katanya, acara beregu lelaki terbuka dan beregu campuran umur 90 tahun adalah terbuka kepada semua pemain di Sabah (Malaysia) atau luar negara, manakala bagi acara beregu lelaki novis hanya boleh disertai oleh para pemain dari Bahagian Sandakan iaitu daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid sahaja.

Jaiman yang juga Pengetua SMK Entilibon Telupid berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah berupa medal dan wang tunai keseluruha­n berjumlah RM6,300.

Johan acara beregu lelaki terbuka menerima wang tunai RM1,500, naib johan RM800 dan ketiga bersama (tewas separuh akhir) masing-masing menerima RM300.

Bagi acara beregu lelaki (campuran umur 90 tahun) terbuka dan beregu lelaki novis tertutup bahagian Sandakan, pemenang johan menerima hadiah wang tunai RM800, naib johan RM500 dan ketiga bersama masing-masing meraih RM200.

Jaiman menambah, kejohanan tersebut dilaksanak­an sebagai salah satu langkah dan usaha menarik lebih ramai bumiputera khasnya golongan remaja untuk bergiat aktif dalam sukan badminton di Bahagian Sandakan khasnya dan di Sabah amnya.

“Selain itu, kejohanan kali ini juga bertujuan menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi dan gagasan pemimpin negara Malaysia baharu,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, ia juga diharap dapat membantu mencungkil bakat- bakat baharu dalam sukan badminton khususnya dalam kalangan remaja bumiputera, selain menggalakk­an interaksi dan perpaduan melalui sukan, di samping menyatupad­ukan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera khasnya di daerah atau bahagian Sandakan.

Selain itu, ia juga menggalakk­an interaksi dan perpaduan melalui sukan dalam kalangan masyarakat, di samping menjadikan sukan badminton sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, sekali gus menghindar­i gejala negatif khasnya dalam kalangan remaja.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarnsin Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gumgum, Sandakan.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan, Ahmad Musa.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan (PBBS) dan AJK Penganjur bergambar kenangan bersama Arunarsnsi­n (barisan tengah, lima kiri), dan Presiden PBBS Ahmad Musa (belakang, tujuh kanan).
AHLI Jawatankua­sa Persatuan Badminton Bumiputera Sandakan (PBBS) dan AJK Penganjur bergambar kenangan bersama Arunarsnsi­n (barisan tengah, lima kiri), dan Presiden PBBS Ahmad Musa (belakang, tujuh kanan).
 ??  ?? AZMIE/Kamaruddin (kanan) dan Sudirman/ Bakri bersama pengadil perlawanan sebelum aksi final.
AZMIE/Kamaruddin (kanan) dan Sudirman/ Bakri bersama pengadil perlawanan sebelum aksi final.
 ??  ?? MOHD Faizal dan Meng Chung menerima hadiah naib johan beregu lelaki novis disampaika­n Arunarnsin.
MOHD Faizal dan Meng Chung menerima hadiah naib johan beregu lelaki novis disampaika­n Arunarnsin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK dan urus setia penganjur.
SEBAHAGIAN AJK dan urus setia penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia