Utusan Borneo (Sabah)

Amalan hijau dalam kehidupan harian

Pelajar Mobiliti China-UMS lawatan sambil belajar ke Balai Seni Lukis Sabah

-

PELAJAR Mobiliti China – Universiti Malaysia Sabah yang mengikuti pengajian satu semester di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Balai Seni Lukis Sabah, yang merupakan bangunan hijau dalam Negeri Sabah, pada 21 Disember lalu.

Balai Seni Lukis Sabah biasanya menganjurk­an pameran dan acara tahunan mempromosi­kan karya seni tempatan dan antarabang­sa.

Pameran kali ini adalah acara yang dipilih untuk Majlis Anugerah Seni Tahunan Sabah bersempena dengan hari jadi Yang Dipertua Negeri Sabah.

Bangunan Galeri Seni Sabah adalah bangunan ‘hijau’ yang pertama di Borneo. Lawatan itu adalah untuk mendedahka­n pelajar ke bangunan hijau yang mapan di Sabah, kerana UMS juga merupakan kampus eko-kampus yang mempromosi­kan keberlanju­tan dan amalan hijau.

Galeri Seni Sabah merupakan suatu impian yang telah dibincangk­an pada tahun 1960 oleh anggota Persatuan Seni Sabah diketuai oleh Datuk Mohd Yaman Ahmad Mus. Galeri Seni Sabah mengadakan pameran pertama mereka pada 1984, dengan sejumlah 163 karya seni dipamerkan. Bangunan hijau itu telah siap pada tahun 2012, dan ia dibuka kepada orang ramai pada Januari 2013.

Lawatan itu disertai oleh pelajar-pelajar Program UMS-China Internatio­nal Mobility yang pelajarnya merupakan berasal dari pelbagai tempat di China seperti Hunan, SiChuan, Nanjing, Beijing dan lainlain.

Pelajar mobiliti sedang menamatkan satu semester pembelajar­an mereka di UMS. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Fakulti (FPEP) seperti KASUGA Sports Carnival, Internatio­nal Night, Journey to the Heart of Borneo, dan Clash of the Titans.

Zhang Qiu Yang, pelajar mobiliti Shanghai China berkata perjalanan itu bermakna kepadanya, dan dia telah mula mengamalka­n amalan hijau dalam kehidupan seharianny­a.

Bagi Feng Ke Yi, seorang pelajar dari SiChuan (dahulu dikategori­kan sebagai Szechuan), China terpesona oleh karya seni tempatan pada haiwan. Lukisan haiwan sangat meriah dan warna itu memukau.

Duan Qiong, pelajar lain dari Hunan China, berkata dia berasa sangat dihubungka­n dengan lukisan-lukisan pemandanga­n terutama “Burung di Pelabuhan Kuala Penyu”. Dari lukisan itu, dia dapat merasakan perasaan yang cuba disampaika­n oleh artis yang melukis lukisan berkenaan.

Pelajar lain menggemari juga lukisan kemasyarak­atan yang turut dipamerkan oleh pelukispel­ukis yang berbakat.

Datu Razali Datu Eranza, pensyarah muda di UMS yang menyelaras­kan program ini berharap para pelajar akan menghargai betapa pentingnya amalan hijau dalam kehidupan dan belajar melalui pelbagai perspektif Sabah melalui lukisan yang dipamerkan di Galeri.

Beliau berharap orang ramai akan membawa ahli keluarga mereka untuk melawat galeri dan menikmati karya seni yang dipamerkan di galeri.

Kordinator lawatan Andy Lee Chen Hiung berkata program hijau akan menjadi idea yang baik untuk tarikan pelanconga­n di Sabah, kerana Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga merupakan lokasi yang baik bagi lawatan pelancong.

Lawatan diakhiri dengan pembelian buku nota dan cendera kenangan yang diperolehi di Balai Seni Lukis Sabah. Antara cendera kenangan yang paling digemari ialah buku nota yang dihiasi dengan pelbagai karya lukisan terpilih dengan harga yang amat berpatutan untuk para pelajar.

 ??  ?? (Gambar kiri) LUKISAN yang diminati oleh pensyarah dan pelajar UMS yang melawat Balai Seni Lukis Sabah.
(Gambar kiri) LUKISAN yang diminati oleh pensyarah dan pelajar UMS yang melawat Balai Seni Lukis Sabah.
 ??  ?? ZHOU LU dan Yan Ru memerhatik­an lukisan pemandanga­n rumah atas air. PARA pelajar mobiliti ChinaUMS merakam gambar di hadapan bangunan Balai Seni Lukis Sabah.
ZHOU LU dan Yan Ru memerhatik­an lukisan pemandanga­n rumah atas air. PARA pelajar mobiliti ChinaUMS merakam gambar di hadapan bangunan Balai Seni Lukis Sabah.
 ??  ?? (Gambar kanan) YAN RU dan Duan Qiong menggemari lukisan berasaskan kemasyarak­atan.
(Gambar kanan) YAN RU dan Duan Qiong menggemari lukisan berasaskan kemasyarak­atan.
 ??  ?? KARYA arca yang diperhatik­an secara terperinci oleh pelajar mobiliti China-UMS.
KARYA arca yang diperhatik­an secara terperinci oleh pelajar mobiliti China-UMS.
 ??  ??
 ??  ?? DUAN Qiong memerhatik­an karya berasaskan manik.
DUAN Qiong memerhatik­an karya berasaskan manik.
 ??  ?? KARYA naif yang diminati oleh salah seorang pelajar China.
KARYA naif yang diminati oleh salah seorang pelajar China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia