Utusan Borneo (Sabah)

JKKK jangan abai langkah pencegahan kebakaran: Uggah

-

BETONG: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan rumah panjang tidak boleh mengabaika­n langkah pencegahan kebakaran dalam tanggungja­wab mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah pencegahan kebakaran amat penting memandangk­an kes kebakaran rumah panjang begitu banyak tahun ini.

“Orang yang diamanahka­n untuk mengetuai kumpulan risiko kebakaran ini mesti dapat mengatur anggotanya dengan serta-merta apabila kebakaran berlaku.

“Biasanya keadaan huruhara cenderung berlaku ketika kejadian ini. Apabila orang ramai teratur, keutamaan mereka adalah untuk memadamkan kebakaran, manakala pihak lain akan memindahka­n penduduk kampung khususnya warga emas dan kanak-kanak ke tempat yang selamat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penutupan Kursus Komuniti Memadam Kebakaran untuk 110 peserta dari 19 rumah panjang di Rumah Ambu Liben di Suri Tengah di sini pada Jumaat.

Uggah menambah, sikap sambil lewa tidak sepatutnya diamalkan khususnya sewaktu perayaan besar di rumah panjang dan memberi amaran bahawa kebakaran boleh menyebabka­n kemusnahan yang besar.

Mengenai kursus berkenaan, beliau memuji Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana menganjurk­annya. Memandangk­an kebanyakan rumah panjang terletak jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat terdekat kataya, penduduk rumah panjang yang tahu mengenai teknik memadam kebakaran dapat memainkan peranan sebagai kumpulan tindakan pertama.

Beliau juga memberi jaminan kepada jabatan tersebut dan rakyat bahawa kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyediaka­n bantuan yang sewajarnya dalam usaha memadam atau mencegah sebarang kebakaran.

Pada majlis tersebut, Uggah diiringi Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat menyampaik­an alat pemadam api kepada ketua dari 19 rumah panjang terbabit.

Beliau turut menyampaik­an dokumen pemilikan bagi sebuah kenderaan untuk unit Bomba Sukarela Spaoh.

Terdahulu dalam ucapannya, ketua peserta Tuai Rumah Edmund Gumbang berkata, ia amat membimbang­kan kerana pada tahun ini sahaja 27 kes kebakaran rumah panjang berlaku di seluruh negeri sekali gus menyebabka­n kerugian harta benda dianggarka­n melebihi RM50 juta, selain beberapa kematian.

Beliau menggesa kerajaan untuk menaik taraf Balai Bomba Betong supaya mempunyai lebih ramai kakitangan dan peralatan memadam kebakaran yang lebih baik.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Penguasa Bomba Nik Mohd Afiq Nik Roslan dari JBPM Sri Aman dan Residen Betong Friday Belik.

 ??  ?? UGGAH menyampaik­an dokumen pemilikan bagi sebuah kenderaan kepada unit Bomba Sukarela Spaoh sambil disaksikan Robert di Rumah Ambu Liben di Suri Tengah, Betong pada Jumaat.
UGGAH menyampaik­an dokumen pemilikan bagi sebuah kenderaan kepada unit Bomba Sukarela Spaoh sambil disaksikan Robert di Rumah Ambu Liben di Suri Tengah, Betong pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia