Utusan Borneo (Sabah)

Penjara 46 bulan: Curi motosikal, cuba curi kereta

-

MIRI: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 46 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri sebuah motosikal dan melakukan cubaan mencuri sebuah kereta.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kekerapan kes seumpama itu berlaku di sini kebelakang­an ini.

Joseph Manggah Serit @ Mohd Fahdli Abdullah telah didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah mencuri sebuah motosikal bernombor pendaftara­n QSY24xx bernilai RM5,500 kepunyaan Gloria Johnathan, 24.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 malam, 3 Disember lalu di hadapan sebuah pasar raya di Taman Tunku di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi tiga setengah tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan cubaan mencuri sebuah kereta kepunyaan bapa pengadu, Hir Azlan Ismail, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 12.45 pagi, 4 Disember lalu di Jalan Padang Kerbau di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an dia tidak mempunyai pekerjaan serta telah berkahwin dan mempunyai empat anak dalam tanggungan.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan enam bulan, manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 16 bulan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia