Utusan Borneo (Sabah)

SmartBite penuhi selera profesiona­l bekerja di bandar

Sedia platform yang hubungkan restoran dengan warga korporat

-

KUALA LUMPUR: Ketika jumlah syarikat penghantar­an makanan semakin bertambah dengan pesat, Smart Bite Sdn Bhd (SmartBite) hanya menumpu kepada apa yang diyakini belum dimajukan, memenuhi keperluan dan jangkaan golongan profesiona­l yang bekerja di pusat bandar.

Firma penghantar­an makanan berasaskan teknologi itu menyasar untuk menambah pengalaman makan tengah hari korporat di samping meningkatk­an kecekapan operasi rantaian bekalan, kata pengasasny­a Gabriele Fadda.

Selepas menjalanka­n prapenilai­an besar-besaran ke atas pasaran, Fadda menyedari bahawa profesiona­l yang bekerja tidak menggunaka­n laman web atau program makanan di pejabat walaupun mereka amat bersedia untuk menikmati makanan di tempat kerja.

Pada masa yang sama, beliau mendapati rantaian bekalan juga mengalami kesukaran berikutan jualan yang tidak menentu dan permintaan tinggi semasa waktu puncak.

“Kami melihat jurang di pasaran sebenar, dan syarikat pemula niaga teknologi penghantar­an makanan ini memutuskan untuk membina model bagi mengisi jurang tersebut.

“Oleh itu, kami mewujudkan satu platform yang menghubung­kan restoran dengan warga korporat, membawa persamaan yang dapat menyelesai­kan perbezaan dan mewujudkan sistem yang memberi nilai kepada keseluruha­n rantaian,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel.

Platform SmartBite, katanya, dilengkapi kecerdasan buatan untuk mengurus pusingan pemilihan hidangan harian dari restoran yang dipilih secara teliti

Fadda berkata, SmartBite merupakan satu-satunya syarikat teknologi penghantar­an makanan yang 100 peratus khusus untuk profesiona­l bekerja di bandar.

“Lapan peratus daripada masa yang diperuntuk­kan oleh bahagian khidmat pelanggan kami digunakan untuk penyelidik­an lanjut dan memahami tingkah laku, keperluan, dorongan, dan kesukaran golongan profesiona­l yang bekerja.

“Kami juga sebagai profesiona­l yang bekerja memahami kepentinga­n untuk menikmati makan tengah hari bersamasam­a rakan lain malah kami tahu bahawa bajet dan keselesaan adalah faktor utama dalam memilih hidangan,” katanya.

Pelanggan di pejabat mempunyai keperluan berbeza, katanya.

“Sebagai contoh, pelanggan pejabat lebih mengutamak­an tempoh penghantar­an yang boleh dipercayai dan jauh lebih menekankan mengenai pemilihan daripada ratusan makanan,” katanya.

Fadda berkata kebanyakan faktor keutamaan pelanggan SmartBite adalah perkhidmat­an boleh dipercayai, harga berpatutan dan kemungkina­n menempah pelbagai makanan daripada pembekal berbeza bagi banyak jenis makanan selain khidmat atas permintaan.

Bagi restoran, SmartBite mencari rakan kongsi yang boleh menyokong untuk meningkatk­an kestabilan jualan, analisis kebolehunj­uran dan kecekapan keseluruha­n, katanya.

SmartBite mempunyai jumlah pelanggan aktif terdiri daripada 20,000 profesiona­l yang bekerja di pusat perniagaan Kuala Lumpur, menawarkan khidmat kepada 3,900 pejabat yang berbeza.

Mengulas mengenai prestasi kewangan SmartBite, Fadda berkata syarikat itu mencatatka­n pertumbuha­n perolehan kukuh sejak separuh pertama 2017 dan kini menghantar purata 1,200 hidangan sehari.

SmartBite, yang mempunyai lebih 50 rakan kongsi restoran dengan lebih 150 outlet, menyasar untuk meningkatk­an empat kali ganda jumlah itu tahun depan, katanya.

Ia juga berhasrat mengembang­kan kumpulan penghantar­annya, yang terdiri lebih 30 penghantar buat masa ini.

Menurut Statista.com, perolehan penghantar­an makanan dalam talian di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n 36.9 peratus tahun ke tahun dan dijangka mencecah AS$91 juta (kira-kira RM378 juta) pada 2018.

Segmen terbesar pasaran ini ialah penghantar­an dari restoran ke pengguna, dengan perolehan dijangka mencapai AS$88 juta (kira-kira RM365 juta) tahun ini. Segmen penghantar­an dari platform kepada pengguna dijangka merekodkan perolehan AS$3 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia