Utusan Borneo (Sabah)

Melati Ehsan jangka aktiviti pembinaan dan hartanah meningkat tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan kejurutera­an, Melati Ehsan Holdings Bhd menjangka tahun 2019 akan menyaksika­n lonjakan dalam aktiviti hartanah dan pembinaan, berikutan unjuran ekonomi yang lebih baik selepas kerajaan mengumumka­n inisiatif yang bertujuan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Yap Suan Chee berkata prospek sektor pembinaan tempatan adalah cerah dan akan memberi manfaat kepada peserta industri.

“Bagi segmen pembanguna­n hartanah, para pemaju kekal optimis pada situasi pasaran semasa serta kami meramalkan akan ada satu tempoh penyelaras­an dan penyatuan bagi menjual stok hartanah sedia ada sebelum satu trend baru dilihat.

“Cabaran semasa dalam segmen hartanah adalah ketidakpad­anan antara permintaan perumahan dan bekalan di pasaran,” katanya dalam laporan tahunan syarikat kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanap­un, di tengah-tengah cabaran-cabaran dalam sektor hartanah tempatan serta jangkaan pemulihan, pasaran telah memberikan peluang bagi pemaju untuk memperbaha­rui simpanan tanah mereka.

Disebabkan oleh hala tuju ekonomi dan politik yang lebih jelas, ada pemaju yang berani meneruskan projekproj­ek yang telah mereka rancangkan atau umumkan sebelum ini.

“Kami menjangka minat yang positif daripada bakal pembeli khususnya di Lembah Klang apabila ia membabitka­n produk dengan harga yang berpatutan atau produk harga sederhana.

“Skim pembanguna­n dengan gabungan faktor-faktor seperti lokasi, konsep gaya hidup, harga dan strategi pemasaran yang betul akan bergerak dengan baik dan ini menarik minat pembeli,” katanya.

Lembaga Pengarah berasa yakin dengan keupayaan kumpulan untuk terus meraih pencapaian yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2019.

Melati Ehsan mencatatka­n hasil sebanyak RM287.85 juta dan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM3.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018.

Hasil tersebut merupakan peningkata­n sebanyak 71.29 peratus berbanding RM168.00 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanap­un, keuntungan sebelum cukai kumpulan menurun sebanyak 18.09 peratus bagi tahun kewangan semasa walaupun hasil bertambah, disebabkan terutamany­a penguranga­n margin keuntungan kasar.

Ia mencadangk­an pembayaran dividen satu peringkat dan akhir sebanyak 1.0 sen sesaham biasa (2017: dividen satu peringkat sebanyak 1.0 sen sesaham biasa), berjumlah RM11.9 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia