Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan Scientex dalam suku pertama susut kepada RM53.66 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih pemaju hartanah dan pengeluar pembungkus­an, Scientex Bhd menurun sebanyak 25.9 peratus kepada RM53.66 juta pada suku pertama berakhir 31 Okt 2018 daripada RM72.40 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Hasil suku tahun, bagaimanap­un, naik 9.0 peratus kepada RM713.64 juta berbanding RM655.01 juta dari tahun ke tahun berikutan sumbangan daripada Klang Hock Plastics Industries (KHPI) yang baharu diambil alih, KHPI merupakan peneraju pembungkus­an plastik fleksibel (FPP) serantau yang terkemuka.

Pengarah Urusan Lim Peng Jin berkata penyerapan teknologi pembuatan filem yang boleh ditempah khusus, mencermink­an usaha pengembang­an syarikat bagi menangani permintaan FPP yang sedang meningkat diseluruh dunia.

“Kami juga terus menyaksika­n tanda-tanda positif dalam segmen hartanah melalui kadar ambilan yang agak membanggak­an melalui pelancaran perumahan mampu milik kami di Taman Senai Utama serta Taman Pulai Mutiara di Johor dan Durian Tunggal, Melaka.

“Selepas melihat permintaan yang kukuh, kami merancang untuk melancarka­n lebih banyak rumah diseluruh Semenanjun­g Malaysia selaras dengan wawasan syarikat yang mahu membina 50,000 rumah mampu milik menjelang 2028,” kata Lim.

Lim ketika bercakap mengenai prospek, menjangkak­an segmen hartanah akan terus mampan berdasarka­n kepada kadar ambilan yang mantap ke atas projek-projek syarikat termasuk penerimaan awam yang mengalakka­n ke atas pelancaran baharunya.

Dalam sektor perkilanga­n, Scientex akan terus tertumpu kepada keupayaan untuk meningkatk­an jualan termasuk membangunk­an penyelesai­an pembungkus­an yang mesra alam bagi menangani permintaan global untuk produk jenis itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia