Utusan Borneo (Sabah)

TH mula pindahkan ekuiti kepada SPV sebagai sebahagian penstruktu­ran semula

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mula memindahka­n aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada langkah penstruktu­ran semulanya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporatio­n Bhd (500 juta saham dipindahka­n), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporatio­n Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantation­s Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahka­n), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan Internatio­nal Corporatio­n Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineerin­g Bhd (334.16 juta saham).

Awal bulan ini, dana jemaah haji itu memberi kenyataan bahawa ia telah mengenal pasti aset tidak berprestas­i baik bernilai RM19.9 bilion untuk dipindahka­n ke SPV yang dimiliki Kementeria­n Kewangan untuk menstabilk­an kedudukan kewanganny­a.

Mengenai aset yang dikenal pasti itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata 80 peratus daripada nilai itu terdiri daripada ekuiti dengan kerugian yang belum direalisas­ikan melebihi 20 peratus, manakala baki 20 peratus lagi adalah dalam bentuk hartanah dan aset tanah dengan hasil di bawah 2.5 peratus.

Beliau berkata, TH bercadang untuk menyemak semula peruntukan asetnya bagi mengurangk­an pendedahan terhadap ekuiti kepada 20 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia