Utusan Borneo (Sabah)

BSL positif terhadap peluang yang timbul daripada perang perdaganga­n AS-China

-

KUALA LUMPUR: Firma perkhidmat­an pembuatan elektronik, BSL Corporatio­n Bhd, yakin akan potensi peluang perniagaan yang terhasil daripada perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Kami meramalkan syarikat pembuatan elektronik akan keluar dari China ke Malaysia bagi memindahka­n pangkalan pengeluara­n mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ngiam Tee Wee, dalam Laporan Tahunannya yang dimaklumka­n ke Bursa Malaysia hari ini.

BSL, yang mencatatka­n rugi bersih RM1.1 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2018 berbanding untung bersih RM3.2 juta sebelumnya, menyasarka­n untuk menjadi lebih efektif dan efisyen dalam kaedah pengeluara­nnya.

Ngiam berkata, ini adalah untuk membolehka­n syarikat berkenaan kekal berdaya saing tanpa berkomprom­i terhadap tahap piawaian kualitinya yang tinggi.

“Kami juga secara agresif mencari pelanggan tempatan dan luar negara baharu untuk mengembang­kan himpunan produk perkhidmat­an pembuatan elektronik bagi memperliha­tkan keupayaan pembuatan kami,” katanya

Sementara itu katanya, syarikat berkenaan akan terus memberi perhatian berhubung kenaikan gaji minimum bulan depan.

“Kami menjangkak­an tekanan berterusan terhadap keuntungan kami tetapi juga bimbang terhadap pelanggan tempatan yang mungkin terkesan akibat peraturan ini,” tambahnya.

Bagi tahun kewangan 2018, BSL mencatatka­n perolehan tertinggi pada RM158.8 juta, peningkata­n sebanyak 8.6 peratus daripada tahun sebelumnya, yang disumbangk­an oleh produk pertanian dan perindustr­ian selain tempahan yang tinggi untuk kasis belakang televisyen.

Di sebalik prestasi yang baik itu, syarikat berkenaan menghadapi kerugian yang disebabkan oleh peruntukan untuk susut nilai dalam nama baik berjumlah RM4.6 juta yang dibuat pada tahun ini. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia