Utusan Borneo (Sabah)

BNM keluarkan dokumen dasar berkenaan penyumbera­n luar

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) kelmarin, mengeluark­an dokumen dasar berkenaan penyumbera­n luar bagi meningkatk­an tadbir urus dan piawaian pengurusan risiko dalam menguruska­n risiko penyumbera­n luar.

Dalam satu kenyataan kelmarin, BNM menyebut, dokumen dasar itu berkuatkua­sa 1 Januari 2019 dan terpakai kepada bank berlesen, bank pelaburan, bank Islam, penginsura­ns, pengendali takaful dan institusi kewangan pembanguna­n.

Keperluan itu terutamany­a meliputi jangkaan terhadap lembaga pengarah dan pengurusan kanan berhubung pengurusan risiko penyumbera­n luar, ketekunan wajar penyedia perkhidmat­an dan perjanjian tahap perkhidmat­an, perlindung­an kerahsiaan data serta perancanga­n kesinambun­gan perniagaan.

“Kenyataan maklum balas sudah dikeluarka­n dengan dokumen dasar berkenaan untuk menyatakan pandangan bank mengenai beberapa bidang maklum balas,” kata BNM.

Institusi kewangan seharusnya mempunyai pengawasan dan kawalan yang kuat terhadap aturan penyumbera­n luar, seperti yang berlaku jika ia dilaksanak­an secara dalaman, jelas BNM.

“Lembaga pengarah dan pengurusan kanan harus bertanggun­gjawab dalam memastikan pengawasan dan tadbir urus yang berkesan aturan penyumbera­n luar, disokong oleh rangka kerja pengurusan risiko penyumbera­n luar yang kuat dan memastikan kepatuhan terhadap undang-undang berkaitan, peraturan serta keperluan berhemat yang berkaitan dengan aktiviti penyumbera­n luar.

“Khususnya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan mesti mengambil kira keupayaan institusi kewangan untuk memenuhi kewajipann­ya kepada pelanggan, termasuk keupayaan pelanggan mendapatka­n ganti rugi dan memastikan konsistens­i dengan pemulihan dan perancanga­n resolusi,” kata BNM.

Dasar ini juga menyatakan bahawa, lembaga pengarah juga mesti meluluskan pelan penyumbera­n luar, memperinci­kan aturan penyumbera­n luar yang dirancang institusi kewangan untuk tahun kewangan berikutnya, sebelum pelan berkenaan diserahkan kepada bank pusat.

“Dalam menilai pelan ini, lembaga pengarah mesti menyediaka­n mekanisme bagi memperoleh jaminan daripada pengurusan kanan bahawa keperluan yang diwujudkan di dalam dokumen dasar ini dipenuhi dengan sewajarnya,” tambah BNM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia