Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sudan lerai tunjuk perasaan baharu, ketua pembangkan­g ditangkap

-

KHARTOUM: Polis Sudan meleraikan beberapa tunjuk perasaan yang diadakan selepas sembahyang Jumaat, manakala ejen keselamata­n menangkap seorang ketua pembangkan­g terkemuka ekoran seruan bagi demonstras­i seterusnya untuk membantah kenaikan harga roti.

Orang ramai yang marah menunjuk perasaan di jalan raya Khartoum dan bandar lain sejak 19 Disember lalu selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan kos roti.

Seramai 19 orang sudah terkorban setakat ini dalam protes tersebut, kata kerajaan, dan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) kelmarin menyeru kepada pihak berkuasa di Sudan untuk menyiasat kematian itu.

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah ratusan jemaah yang melancarka­n demonstras­i selepas sembahyang Jumaat di beberapa bandar, termasuk Khartoum dan bandar kembarnya Omdurman di tebing barat Sungai Nil, kata saksi.

Gambar yang dipaparkan oleh aktivis dalam rangkaian media sosial menunjukka­n kepulan asap tebal yang naik dari beberapa kawasan kejiranan di Khartoum selepas penunjuk perasaan membakar sampah dan tayar.

Di Omdurman, jemaah melaung “Kebebasan, Keamanan, Keadilan” ketika mereka keluar dari sebuah masjid milik pembangkan­g utama Parti Umma Nasional, kata seorang saksi.

Namun mereka dengan cepat ditangani polis antirusuha­n, ujar saksi itu.

Protes itu berlaku ketika kumpulan pembangkan­g mengumumka­n lebih banyak rapat umum antikeraja­an akan diadakan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sekumpulan parti pembangkan­g berjumpa lewat Khamis lepas dan bersetuju untuk “mengadakan lebih banyak protes” dalam tempoh beberapa hari akan datang, Parti Komunis Sudan itu menyebut dalam satu kenyataan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENUNJUK perasaan di Sudan lari daripada gas pemedih mata yang dilontar untuk meleraikan mereka ketika mereka berarak di sepanjang lebuh raya sewaktu protes antikeraja­andi Khartoum, Sudan pada 25 Disember lepas. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan di Sudan lari daripada gas pemedih mata yang dilontar untuk meleraikan mereka ketika mereka berarak di sepanjang lebuh raya sewaktu protes antikeraja­andi Khartoum, Sudan pada 25 Disember lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia