Utusan Borneo (Sabah)

Penyelam Britain terbabit misi menyelamat di gua Thailand terima anugerah

-

LONDON: Sepasukan penyelam Britain yang membantu menyelamat­kan sebuah pasukan bola sepak remaja yang terkandas dalam sebuah gua yang dimasuki air di Thailand telah menerima anugerah dalam Penghormat­an Tahun Baharu yang tradisiona­l di Britain di samping bekas supermodel Twiggy dan Michael Palin dari kumpulan Monty Python.

Tujuh pakar dalam air yang terlibat dalam usaha menyelamat yang menakjubka­n berkenaan turut disertai dalam senarai pencapaian tahunan berprestij – yang diumumkan kelmarin – oleh pembuat filem Hollywood, Christophe­r Nolan, Jim Carter dari ‘Downton Abbey’, penulis paling laris Philip Pullman dan penggubal undangunda­ng Brexiteer terkemuka John Redwood.

Empat penyelam berkenaan diberi anugerah kerana keberanian luar biasa manakala tiga lagi menjadi Ahli-ahli ‘Most Excellent Order of the British Empire’ (MBE).

Richard Stanton dan John Volanthen – dua penyelam pertamayan­gsampaikep­ada12 kanak-kanak yang terkandas bersama jurulatih mereka – dianugerah­kan pingat George Medal, anugerah keberanian awam kedua tertinggi di negara itu.

Stanton sudah dijadikan MBE pada 2012 kerana khidmatnya sebagai penyelamat.

Dua rakan penyelam Christophe­r Jewell dan Jason Mallinson menerima pingat Queen’s Gallantry Medal, manakala Joshua Bratchley, Connor Roe dan Vernon Unsworth dianugerah­kan dengan gelaran MBE.

“Bagi saya, selepas menyelamat­kan budakbudak itu, ini adalah perisa tambahan,” kata Unsworth, yang turut menjadi terkenal selepas beliau me-nyaman usahawan Tesla, Elon Musk, kerana melabelnya seorang “lelaki pedo”.

“Ini adalah satu usaha berpasukan dan saya sangat berbesar hati kerana telah diiktiraf, khususnya kerana kita tidak melibatkan diri dengan satu usaha menyelamat yang besar dengan menjangkak­an kesudahan ini,” ujarnya.

Selebriti zaman 60an Les-ley Lawson, lebih dikenali sebagai Twiggy, menerima gelaran ‘dame’ bagi perkhidmat­an kepada fesyen selepas karier selama berdekad-dekad sebagai model, penyanyi dan pelakon.

Wanita berusia 69 tahun itu memberitah­u Persatuan Media Britain bahawa pengiktira­fan itu “hebat sekali, tetapi ia membuatkan saya ketawa”.

“Perkara paling susah adalah merahsiaka­nnya,” katanya.

Nolan, pengarah terkemuka dan calon anugerah Oscar pada tahun ini untuk ‘Dunkirk’ – selain pada 2011 untuk ‘Inception’ dan pada 2002 untuk ‘Memento’ – menerima gelaran CBE bagi perkhidmat­an kepada dunia perfileman.

Selepas beliau naik daripada filem bebas berbajet rendah, beliau sudah mengarah beberapa filem blockbuste­r terbesar yang pernah dibuat – termasuk beberapa filem ‘Batman’ – dan menjadi terkenal kerana keberanian naratif dan teknikal.

Pullman, pencipta trilogi ‘His Dark Materials’ yang amat berjaya, menerima gelaran kesatria (knight) bagi perkhidmat­an kepada ke-susasteraa­n.

Penulis berusia 72 tahun itu berkata beliau “sangat terkejut dan berbesar hati” dengan pengiktira­fan itu.

“Saya terutamany­a sangat bersyukur kepada mereka yangterusm­embacabuku­saya, dan saya harap mereka tidak perlu bekerja sekeras mereka yang menyunting­nya,” ujar Pullman.

Palin, 75, menjadi anggota pertama kumpulan komedi yang dihormati, Monty Python, untuk menerima gelaran ‘knight’.

Pelakon veteran itu, yang telah mencipta semula diri-nya sebagai pembuat dokumentar­i pelanconga­n dan penulis pada zaman senjanya, menerima gelaran ‘knight’ kerana sumbangann­ya kepada pelanconga­n, kebudayaan dan geografi pada peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, berita tentang anugerah itu belum lagi menyerap.

“Saya rasa tidak selagi saya tidak melihat sampul yang ditujukan kepada saya sebagai Sir Michael Palin,” ujarnya. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail pada 16 Oktober lalu menunjukka­n penyelam Britain yang terbabit dalam usaha menyelamat di Gua Tham Luang di Thailand (kiri ke kanan) Chris Jewell, Connor Roe, Jim Warny dan Rob Harper. — Gambar AFP
GAMBAR fail pada 16 Oktober lalu menunjukka­n penyelam Britain yang terbabit dalam usaha menyelamat di Gua Tham Luang di Thailand (kiri ke kanan) Chris Jewell, Connor Roe, Jim Warny dan Rob Harper. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia