Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP jamin bekalan petrol, diesel sentiasa mencukupi

-

BINTULU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan bekalan bahan api petrol dan diesel sentiasa mencukupi untuk jualan harian di seluruh negara.

KPDNHEP dalam kenyataann­ya di sini memberitah­u, bahan api petrol dan diesel diwartakan sebagai Barang Kawalan Berjadual mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 21 Jun 1975.

Justeru katanya, kerajaan akan memastikan pembekalan barang berjadual berkenaan sentiasa ada di pasaran dan mudah diperolehi oleh pengguna pada setiap masa.

“Sebagai pemegang lesen runcit petrol dan bahan api diesel di bawah PeraturanP­eraturan Kawalan Bekalan 1974, pengusaha stesen diwajibkan mematuhi syarat dalam lesen,” ujarnya kenyataan akhbar KPDNHEP di sini yang mana anggota-anggota penguat kuasa KPDNHEP Bintulu membuat pemeriksaa­n ke stesen-stesen minyak di sini, petang Khamis.

Beliau berkata, syarat yang perlu dipatuhi itu ialah pemegang lesen bertanggun­gjawab memastikan bekalan petrol dan diesel di premis yang dilesenkan sentiasa ada dan cukup untuk jualan harian.

Katanya, pemegang lesen tidak dibenarkan menutup operasi stesen minyak atau memberhent­ikan penjualan petrol dan diesel di stesennya tanpa kebenaran.

“Kegagalan pengusaha stesen mematuhi arahan itu atau sebarang syarat terkandung dalam lesen runcit barang kawalan yang dikeluarka­n adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 21, PeraturanP­eraturan Kawalan Bekalan 1974,” ujarnya.

Jelasnya, kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1974 iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau keduadua sekali bagi kesalahan pertama atau denda RM3 juta bagi kesalahan kedua dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP katanya, akan membuat pemantauan dan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa ke atas stesen menjual bahan api berkenaan bagi memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi untuk kegunaan orang ramai.

“Sekiranya didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan, pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada KPDNHEP,” tambahnya.

 ??  ?? PEGAWAI serta anggota penguat kuasa KPDNHEP Bintulu membuat pemeriksaa­n dan mengedar Surat Arahan bagi memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi untuk jualan harian di sebuah stesen minyak di Bintulu pada Khamis.
PEGAWAI serta anggota penguat kuasa KPDNHEP Bintulu membuat pemeriksaa­n dan mengedar Surat Arahan bagi memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi untuk jualan harian di sebuah stesen minyak di Bintulu pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia