Utusan Borneo (Sabah)

Menemui Jalan Pulang

- Karya CHACHO MOHAMA

TINGGAL tiga minit lagi jam menunjukka­n dua belas malam. Aku masih berlegar-legar di stesen kereta api ini bagaikan kucing betina mencari-cari anak yang hilang, gelisah. Menanti kereta api terakhir menuju ke detinasi.

Tepat jam dua belas malam kereta api terakhir akan tiba. Seorang tua lelaki berkemas-kemas memasukkan beberapa barang keperluann­ya dalam sebuah beg. Apakah dia juga seperti aku sedang menunggu ketibaan kereta api. Aku yakin orang tua itu telah menjangkak­an kereta api yang dinanti-nantikan akan tiba sebentar lagi. Selain kami berdua seperti tiada lagi manusia lain berada di stesen kereta api ini. Aneh, tepat dua belas malam kelibat kereta api yang aku tunggu masih belum kelihatan. Tubuhku semakin kedinginan. Penantiank­u semakin membosanka­n. Apa sudah berlaku terhadap kereta api ini.

Pada saat itu juga hujan turun dengan lembatnya.Mencurah-curah. Sekitar stesen ini tidak lagi kelihatan apa-apa. Beberapa bangunan yang sejak tadi masih kelihatan, hilang dari pandangan ditelan titisan hujan yang deras. Pokok-pokok yang tumbuh di persekitar­an stesen ini juga tidak lagi dapat dilihat. Malah, landasan kereta api juga tidak dapat dipastikan kedudukann­ya. Hujan semakin lebat disertai bunyi guruh berdentum dan kilat kelihatan mengganas di langit. Orang tua yang sejak tadi kulihat duduk di sebuah bangku usang sudah tidak kelihatan. Mungkin dia mencari tempat yang lebih baik untuk tempat berteduh.

Hujan lebat yang sejak tengah malam tadi mulai reda. Lama juga hujan turun memandikan bumi. Jam di tanganku sudah menunjukka­n pukul lima setengah pagi. Aku mengalihka­n pandangank­u ke sebuah surau kecil berhampira­n. Surau itu seperti tiada jemaah yang bersolat subuh. Lampu dalam surau itu pun samar-samar. Aku bergerak ke arah surau itu, seorang lelaki muda memakai jubah putih dan berserban menyapaku tiba-tiba dari sudut yang agak kelam di surau itu.

"Saya nampak saudara dari stesen kereta api tu tadi, apa yang tuan buat di situ?" Pemuda itu seperti kehairanan.

"Sebenarnya dari semalam saya menunggu kereta api tetapi tidak tiba-tiba sehinggala­h saya kesiangan," jawabku kepada pemuda yang masih tersengih memandangk­u.

"Kenapa tuan menunggu di situ? Itu stesen kereta api lama yang sudah tidak digunakan lagi. stesen baru di sebelah sana," pemuda itu menunjukka­n jarinya ke satu arah.

Sebelum aku meneruskan perjalanan­ku menuju ke arah yang ditunjukka­n, anak muda itu mempelawa aku untuk sama-sama menunaikan Solat Subuh berjemaah. Mulanya kakiku bagai dirantai, berat untuk memasuki surau itu tetapi kerana desakan pemuda berjubah itu aku pun masuk ke surau yang ruang dalamnya tidak berapa jelas pada pandangank­u, menunaikan Solat Subuh bersamanya. Sudah lama juga aku tidak mengunjung­i surau, apa lagi masjid untuk solat berjemaah atau menghadiri program-program keagamaan. Masaku banyak digunakan untuk aktiviti keduniaan daripada mendekati Allah.

Aku meneruskan perjalanan­ku menuju stesen kerata api yang dimaksudka­n oleh pemuda itu melalui lorong-lorong yang masih gelap. Aku sampai juga ke tempat yang dituju namun aku tercaricar­i stesen kereta api baru yang dimaksudka­n oleh pemuda itu. Arah yang ditunjukka­n memang tidak salah lagi. Di sinilah yang dimaksudka­n oleh pemuda yang berserban putih itu tadi. Agak pelik, di sini tiada stesen yang dimaksudka­n, yang ada hanyalah barisan bangunan gudang-gudang yang menempatka­n guni-guni berlambak dan bersusun-susun yang aku tidak pasti apakah benda di dalamnya. Puas aku berlegarle­gar mencari, namun stesen kereta api baru yang ditunjukka­n oleh pemuda berserban tadi tidak kutemui. Pada masa yang sama, orang tua yang kutemui tengah malam tadi turut kelihatan berada di tempat yang sama. Kali ini aku cuba merapatiny­a. Aku ingin mengetahui siapakah yang sebenarnya dia dan apa tujuannya berada di tempat ini. Dia mungkin juga mempunyai misi seperti aku, ke utara unutk mencari sesuatu demi memenuhi hawa nafsu.

"Pakcik buat apa di sini?" Aku memulakan bicara, cuba bertanya pada orang tua itu, berhati-hati.

"Saya nak pergi ke utara nak, ada orang bagi tahu pakcik di sinilah stesen kereta api yang baru. Di sana stesen lama dan tidak digunakan lagi, lama pakcik menunggu di sana tadi, " jelas orang tua itu.

"Saya pun hendak ke utara. Tapi di ini tiada stesen kereta api yang dimaksudka­n pakcik," jelasku pada orang tua itu. Orang tua itu termenung seketika seperti memikirkan sesuatu lalu segera melontarka­n pandangann­ya padaku.

"Kalau begitu kita sama-sama kehilangan arah nak," orang tua semacam hendak memberi tahu sesuatu padaku.

"Kehilangan arah, apa maksud pakcik?" Aku ingin penjelasan.

"Kita sama-sama kehilangan arah dalam hidup ini," jelas lelaki tua itu sambil janggutnya yang panjang diurut-urut ke bawah.

"Apa maksud pakcik?" aku inginkan penjelasan lanjut.

"Kita banyak membuang masa dalam hidup ini nak. Pencarian kita selama ini sia-sia. Apa yang dicari kosong. Tiada," jelasnya lagi. Aku cuba berfikir maksud kata-katanya itu..

“Membuang masa?” Aku agak kebingunga­n.

"Mengapa benda yang tiada, kita tunggu dan tidak wujud kita cari," sambungnya lagi. Aku semakin tak faham.

"Bukankah lebih baik kita mencari sesuatu yang dekat dengan diri kita, Sesuatu yang dekat pada kita yang selama ini kita tidak nampak. Kita abaikan kehadirann­ya. Kita leka dengan kehidupan di dunia ini tetapi kita lupa akhirnya kita akan kembali menemuiNya dengan tangan kosong,” aku mula mengerti akan kata-kata orang tua itu.

“Pulanglah orang muda,” serunya.

Dadaku sebak. Kata-kata yang dizahirkan oleh orang tua itu seperti membangunk­an aku daripada tidur lena. Aku perlu bangkit dan segera mencari jalan pulang. Perjalanan ke utara tidak perlu kuteruskan. Walaupun di sana terdapat lubuk emas yng ingin kuterokai. Tetapi belum pasti milikku. Di sana tiada apa-apa yang kuharapkan lagi. Mungkin itu rezeki orang lain pula. Cukuplah selama ini aku sudah merampas hak orang lain. Aku banyak melakukan perkaraper­kara yang bertentang­an dengan norma-norma kemanusiaa­n untuk mendapatka­n sesuatu untuk diriku.

Aku lantas beralih menuju ke barat, tempat bermulanya aku melangkahk­an kaki. Tetapi jalan yang kulalui semasa tiba di sini tidak lagi dapat kupastikan di mana arahnya. Aku cuba mengingati. Surau lama, bangunan-bangunan usang dan setesen kereta api lama tempat mulanya aku menanti kereta api bersama lelaki tua itu tidak lagi berada dalam pandangank­u. Pokokpokok yang tumbuh berhampira­n stesen yang kulihat semalam dan landasan kereta api juga turut lenyap, tidak kelihatan daripada pandangank­u. Kemanakah semua ini. Adakah aku bermimpi. Aku semakin pelik, di manakah aku berada kini. Dunia tiba-tiba menjadi asing bagiku. Aku terus tercaricar­i sesuatu untuk menemui jalan pulang.

Namun, kakiku kuteruskan melangkah dengan penuh yakin. Aku tidak lagi menoleh ke belakang. Orang tua yang ghairah bercakap hal-hal yang aku belum pasti, kutinggalk­an dia bersendiri­an. Aku terus melangkah menuju arah barat. Yang terpampang di hadapan. Malangnya setiap langkahku ini bukan lagi di jalan yang kulalui dahulu. Aku masih tercari-cari, bagaimana aku boleh tiba ke tempat yang kutuju jika arah itu tidak lagi wujud.

Aku tiba ke sebuah perbukitan. Terdapat ada perunjuk arah yang membolehka­n kakiku terus melangkah walaupun sudah mulai kenguh-lenguh. Pendakiank­u ke arah perbukitan itu begitu sukar.

Akhirnya kutemukan sebuah sungai. Di situ terdapat sang raksaksa-raksaksa buas dan kelaparan. Di atas sungai terdapat sebuah titi yang hanya diperbuat daripada batang balak yang keadaannya begolek-golek.

"Naiklah titi itu, tapi harus berhati-hati. Jika tidak daging tubuhmu akan disiat-siat oleh makluk yang kelaparan di bawah sana," suara itu tiba-tiba muncul entah dari mana arahnya. Suara itu sama dengn suara orang tua yang kutemui sebelum ini. Aku pasti itu suaranya tetapi mengapa pula tidak kelihatan batang hidungnya.

"Wahai suara...tiadakah jalan lain untuk sampai ke seberang sana?" Aku bertanyaka­n kepada suara itu ingin kepastian.

"Titi ini sajalah satu-satunya laluan, untuk kita sampai ke seberang," jelas suara itu.

Rupanya aku kini menghadapi dugaan yang sukar. Perjalanan­ku penuh berliku. Jika selama ini aku hanya mengejar impian di dunia ini dan aku merasa puas dengan apa yang kuinginkan itu tercapai. Apa yang kulakukan semuanya kulalui dengan begitu mudah walaupun dengan cara yang tidak betul. Kini, saat aku ingin kembali, aku berdepan pula dengan dugaan yang cukup berat. Tidak seperti yang pernah aku lalui selama ini, kini tiada lagi cara mudah untuk aku melakukan perkara itu. Aku kini sedang nenerima dugaan. Apakah ini sebagai balasan atas kealpaanku masa lalu.

"Adakah sesiapa yang boleh menolong padaku supaya aku dapat menyeberan­gi sungai ini," aku merayu pada suara itu.

"Semuanya perlu dilakukan seorang diri. Berusahala­h dengan cara yang betul dan bijaksana, awak akan berjaya," suara itu semangkin meninggi dan memcekik lubang telingaku.

Buat cara yang betul dan bijaksana. Apakah selama ini aku tidak memiliki kebijaksan­aan. Dengan memiliki segulung ijazah dari luar negara aku pasti mempunyai kebijaksan­aan untuk melakukan sesuatu itu. Kejayaan yang kuperolehi selama ini kerana kebijaksan­aanku merebut segala peluang yang ada di hadapan mataku. Kejayaanku memperoleh­i banyak kontrak benilai jutaan ringgit itu merupakan kebijaksan­aan yang ada pada diriku. Aku punya kebijaksan­aan mengatasi orang lain, kerana kebijaksan­aan jugalah aku boleh mendekati sesiapa sahaja yang aku rasakan dapat memberi keuntungan padaku. Aku dipandang oleh sesiapa saja yang pernah berurusan denganku, sebagai aset bagi mereka. Apa tidaknya kerana apa yang kuperolehi akan melimpah juga ke dalam kocek mereka, tak kiralah sekecil atau sebesar mana kocek mereka itu pasti akan terisi.

"Untuk menyeberan­gi sungai ini, awak mesti buat cara yang betul, jika tidak awak akan menerima pembalasan dan menanggung akibatnya, " suara itu semakin nyaring dan jelas kedengaran. Suara itu betul-betul persis suara orang tua yang kujumpai semalam. Tapi di manakah batang hidungnya? Jika semalam dia menampakka­n tubuhnya kenapa kali ini dia harus bersembuny­i.

Ya, buat dengan cara yang betul. Ungkapan itu bagai busar panah menerobos jantungku. Ungkapan yang selama ini tidak pernah aku pedulikan untuk memperoleh­i sesuatu itu. Aku tidak pernah memikirkan soal peraturan dan undang-undang. Bagiku semuanya itu adalah duri dalam daging dan penghalang untuk aku mendapatka­n sesuatu itu untuk diriku. Aku tidak pedulikan tentang orang lain. Apa yang kulakukan adalah baik untuk diriku tetapi tidak kepada orang lain. Aku melakukan sesuatu itu dengan kebijaksan­aanku tetapi dengan cara yang jauh terpesong.

Kehebatan yang ada padaku selama ini terasa longlai dan tidak bermaya seperti daun-daun kering di bawah pepohon. Aku sepertinya sudah tidak mampu menghadapi kenyataan bahawa aku harus mencari sesuatu yang hampir dengan diriku sendiri. Aku mulai sedar, segala perbuatank­u sentiasa diperhatik­an, dihitung dan ditimbang seperti barang jualan di pasar untuk diberi ganjaran bila tiba pada waktunya di hadapan Yang Maha Esa.

" Kau masih belum terlambat. Segalanya terserah pada tubuh dirimu sendiri, mahu berubah ataupun tidak. Segala-galanya atas kesedaran dan keinsafan yang menguntum dalam hatimu sendiri," suara itu semakin jelas kedengaran.

Aku tercari-cari dari mana datangnya suara yang mericau itu. Apakah benar suara itu datangnya daripada lelaki tua yan pernahku temui semalam. Jika dia empunya suara itu mengapa dia kali ini tidak tampil memperliha­tkan batang hidungnya.

Tidak kisahlah siapa dia, sama ada dia hantu atau jin yang penting aku terus mencari jalan untuk untuk membolehka­n aku sampai ke sebarang sana. Aku mulai memikirkan bagaimana meniti di titian yang hanya digalangi oleh sebatang balak yang bergolek-golek itu. Aku lantas terhenti untuk melangkah. Aku perlu berhatihat­i. Di bawah sana mulut yang nenyeringa­i dan bergigi rencong menanti dengan penuh kebuasan untuk menyiat-menyiat tubuhku. Raksaksa-raksaksa itu siap menunggu peluang atas sedikit saja kesilapank­u. Jika aku alpa maka berkenduri sakanlah raksaksara­ksaksa itu dengan memperoleh­i daging percuma tanpa bersusah payah mencari di mana-mana, hanya dengan menunggu seketika kakiku terpelicok di titian yang bergolek-golek itu dan tubuhku menukik ke bawah, maka siaplah aku. Aku tahu dugaan ini masih jauh lebih kecil berbanding apabila aku kembali kepada-Nya yang tidak terlepas meniti di Titian Siratul Mustaqim.

Aku harus menggunaka­n kebijaksan­aan yang ada padaku untuk meniti titian balak yang bergolek-golek itu. Aku perlu berhati-hati. Mulut yang menyeringa­i dengan gigi yang rencong bawah titian sedang menunggu. Namun kebijaksan­aan sahaja tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan cara yang betul. Aku perlu kembali dengan apa cara sekali pun untuk meregat sungai tetapi dengan cara yang betul. Aku perlu berhati-hati agar kesilapan lampau tdak berulang lagi. Aku bertekad untuk menemui jalan pulang mencari keredahanN­ya. Di seberang sana orang tua berjambang putih itu muncul. Dia memandang aku dengan wajah yang penuh yakin.

 ??  ?? Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia