Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

BISIK SYAHDU DAN GETAR DOA KEPADA TUHAN Maha Suci dan Maha Pengasih Allah yang tidak pernah membezakan makhluknya dalam memberi ruang menuangkan rasa cinta sambil mengharapk­an rasa kasihnya dan keampunan

Tawanlah hati kami dengan kasih sayangmu dan letakkan di antara dua lampu yang mengubah mimpi jadi nyata atau mengubah kesedaran menjadi mimpi yang indah

Jika Allah mahu menambah hutang material kami kepada hutang-hutang budi kami yang sekian banyaknya maka berikanlah kami BALDATUN THOIBATUN WARABBUN GAFUR sebagai pengukuh sahsiah jati diri paksi ijtihad mulia memakmurka­n bangsa, agama dan negara dengan segala rahmat dan keampunan yang turun dari arasy-Nya Karya HAJI ISMAIL HAJIDUAH (ASDK) Likas, Kota Kinabalu. 25 Ogos 2018 BERAS PERAK BERGUGURAN DARI LANGIT Hujan, genangan air mata di kelopak kulit langit jatuh berderai tanda bahagia itulah hamburan bijian padi perak untuk sekilas fikiran senandung nyanyian senafas tanda kebesaran Tuhan

Hujan adalah kerdipan mutiara dikutip dari rahmat Tuhan lewat dari jejari lentik tangan malaikat Mikail petugas menurunkan taburan air dari langit membasahi dan membersih alam sambil menghidupk­an tumbuh-tumbuhan

Ketika gumpalan hujan berarak berduyung beriringan angin bersenandu­ng “aduhai alam” bunga-bungaan berbisik sesama sendiri “alangkah indahnya nyanyian sejoli lebih merdu dari nyanyian siulan bibir dan suara merdu buluh perindu dari tiupan seruling anak gembala Karya HAJI ISMAIL DUAH (ASDK) 13 Mac 2018 ISMAIL BIN HAJI DUAH dilahirkan di Kota Marudu pada 27 November 1958. Menulis puisi sejak tingkatan 1 dan pernah mendapat tempat pertama peraduan majalah sekolah 1980. Beliau pernah memenangi puisi terbaik peraduan DBPS, Bahasa dan JHEAINS pada 2012,2014,2018. Pada 2016, beliau pernah menang tempat pertama Peraduan Menulis Puisi Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Asean. SETANGKAI MALAM DI SEMENYIH ada waktunya aku seperti melihat sunyi di daerah jauh ini warnanya pucat dan hujan yang sedikit menyembuny­ikan resah antara kemahuan mengenalmu dari ranting kering di tengah belantara dimanakah malam membuat aku hilang kata-kata bagai rindu tergantung pada setangkai lampu dan aku berdiri di bawahnya seperti kehilangan bulan YATIM AHMAD Semenyih, Selangor 21 Dis 2018 PERJALANAN DARI SATU DAERAH KE DAERAH SEBENARNYA MENUNTUT PERINGATAN i waktu selalu meramahi kita sahabat sebelum ia menjadi kenangan antara panggilan tak lagi berjawab kerana masa adalah kalendar yang tidak lagi mengembali­kan detik membaiki keraguan yang pernah kita tunda hingga terlupa menjawab salam-salam ramah sebelum mereka pun mungkin tidak ada lagi di kehidupan kini

antara jadual keberangka­tan, kita adalah penumpang untuk kehidupan untuk saatnya tiba kita takkan menjadi pemilih seperti waktu kini

ii ia kehidupan rohani dan jasmani yang padanya suatu kerahsiaan menguji kesedaran kepada kehidupan hakiki untuk menemukan perhambaan diri antara cuaca yang sering berubah terkadang kita habis berikan alasan untuk menunda kebenaran

iii

Mungkin kita sengaja menjadi lemah oleh cabaran lalu lengah membuka tabir hijab mengenal huruf-huruf-Nya YATIM AHMAD Rawang, Selangor 18 Dis 2018 YATIM AHMAD adalah seorang penulis prolifik kelahiran Putatan Kota Kinabalu. Pernah beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Sabah, Yatim mulai aktif menulis sekitar 90-an. Genre yang diminatiny­a ialah puisi, cerpen dan esei sastera. Selain sebagai kolumnis sebuah akhbar tempatan, Yatim menggerakk­an sastera maya bukan saja di Sabah bahkan di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia