Utusan Borneo (Sabah)

Nelson Neldy merumus seni dalam multi disiplin

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

NELSON Neldy atau Dino seorang seniman tempatan yang serba kebolehan juga mempunyai perwatakan yang unik jika dibandingk­an dengan seniman tempatan yang lain.

Beliau bermastaut­in di Sandakan dan lahir di Lahad Datu, pada 29 Ogos 1977. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Nunuyan di Sandakan. Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan (Filipina) dan Sarjana Sastera Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Mendapat anugerah Excellence in Poetry and Music Award dari Internatio­nal Training Office, Northern Illinois University, Amerika Syarikat, The 100 Best Work di 2nd ASEAN Poetry Writing

Competitio­n, Purwokerto, Indonesia dan Penerima Hadiah Sastera Sabah 20162017.

Sebagai seorang penyelidik budaya dan kesenian, beliau sentiasa memperagak­an diri sebagai seorang Suluk yang konserveti­f terutama sekali memakai pakaian tradisi yang mirip Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dari filem Pirates of the Caribbean.

Bukan sahaja berperwata­kan yang unik dan memukau ke mana sahaja beliau berada bahkan Nelson Neldy mempunyai keistimewa­an yang luar biasa oleh kerana pengalaman dan pendidikan yang diterima merentas sempadan. Maka kemahiran yang diperolehi beliau dalam berbagai disiplin melonjakka­n kreativiti beliau.

Membesar sejak kecil di Pulau Nunuyan, Sandakan dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di situ. Pernah melanjutka­n pelajaran di University of The Phillipine dalam bidang Perhutanan dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Perhutanan.

Setelah tamat mengaji di beberapa institusi, beliau seterusnya melanjutka­n pengajian sarjana seni visual di Universiti Malaysia Sabah dan pada tahun 2018 telah berjaya menerima Sarjana Seni Visual dalam bidang sejarah seni visual.

Oleh kerana mempunyai kepandaian yang bermulti disiplin, beliau juga pernah mengajar di universiti tempatan Filipina terutamany­a di Marawi City, Manila dan Tawi Tawi serta di beberapa institusi tempatan yang lain.

Nelson Neldy bukan sahaja boleh bertutur dengan fasih dalam beberapa bahasa dan dialek bahkan beliau juga boleh menulis bahasa tersebut dengan baik umpamanya bahasa Inggeris, Melayu, Suluk,Tagalog, Bisaya,Marano, Surigonun.

Di samping itu, beliau juga banyak membuat terjemahan bahasa terutamany­a bahasa Suluk kepada bahasa yang lain. Oleh sebab itu beberapa buah buku karangan beliau telah mendapat penghormat­an dan anugerah umpamanya. Antara buku yang sudah menjadi bacaan umum adalah; Sulug In Sabah (2015 - Saba Islamic Media, Kuala Lumpur), novel beliau bertajuk Sapi Mandangan dan Apuk Daguan (2018 - Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur) terdapat juga beberapa antologi puisi seperti Kita Punya Cara (2017 - Mata Aksara, Jakarta), Bisikan Bumi (2018 - Mata Aksara, Jakarta), Pengikat Kasih (2018 - Mata Aksara, Jakarta).

Di samping itu minat yang mendalam dalam seni muzik telah memberikan ruang kepada beliau untuk mencuba menulis lirik lagu. Akhirnya beliau telah berjaya bekerjasam­a dengan beberapa orang artis tempatan dan luar negara dalam kolaborasi menerbitka­n lagu lagu puisi umpamanya “Akala Ko Wala Na” mendapat anugerah kecemerlan­gan dari Universiti Illinois di Amerika Syarikat.

Kolaborasi seni muzik berterusan sehingga mendapat sokongan dari penyanyi tempatan Filipina dan Malaysia umpamanya beliau pernah menulis lirik lagu komposer Julfekar Ahmad Shah dari Malaysia, Niki Bacolod dan Min Yasmin dari Filipina.

Sebagai pengembara seni dan sastera beliau telah menjelajah beberapa buah negara di Asia Tenggara umpamanya seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Cambodia, Laos, Brunei, Phillipina dan Jepun.

Perjalanan tersebut selain mengukuhka­n kesedaran kesenian juga menggalakk­an beliau berkarya melalui penulisan puisi serta seni fotografi. Oleh sebab itu terdapat banyak koleksi fotografi serti puisi berkaitan kembara beliau di negara tersebut.

Selain mempunyai bakat menulis dan menyanyi, Nelson Dino juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem pendek seperti filem “Kuliglig”oleh pengarah terkenal Manila Anonuevo dan filem dokumentar­i yang ditayangka­n di Amerika bertajuk “Memories of Forgotten War”.

Beliau juga perbah menjadi pelakon dalam filem indie bertajuk Hunghong Sa Yuta atau Earth Wisper di bawah pengarahan Sir Arnel Mardioquio di Davao City.Walaupun banyak kemahiran yang dipunyai oleh seniman Nelson Neldy terutamany­a dalam bidang puisi, penulisan kreatif dan penulisan lirik lagu namun beliau juga seorang pelukis yang mempunyai gaya tersendiri terutama minat kepada pelukis abstrak ekspresion­is, Willem De Kooning telah berjaya menghasilk­an karya yang istimewa dalam pendekatan yang unik dengan menggunaka­n imaginasi yang berlandask­an puisi.

Karya puisi beliau sangat bertenaga dengan berdasarka­n kata-kata serta warna yang terang dan berjaya menyerlahk­an karya potret Orang Utan semasa mengambil bahagian anjuran Persatuan Pelukis Sabah.

Perkenalan penulis dengan seniman multi bakat ini semasa bersama-sama mengikuti Kembara Garisan Landasan pada tahun 2016, puisi spontan nukilan beliau begitu memukau para audien ketika itu di Tenom.

 ??  ?? KARYA Impresioni­s Orang Utan. 2016.
KARYA Impresioni­s Orang Utan. 2016.
 ??  ??
 ??  ?? KARYA Grafik Orang Utan 2016.
KARYA Grafik Orang Utan 2016.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) NELSON dengan bukunya.
(Gambar kiri) KARYA catan air. Rumah Panjang 2016. (Gambar bawah) POTRET Nelson Neldy oleh pelukis.
(Gambar atas) NELSON dengan bukunya. (Gambar kiri) KARYA catan air. Rumah Panjang 2016. (Gambar bawah) POTRET Nelson Neldy oleh pelukis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia