Utusan Borneo (Sabah)

Rumah perlindung­an kucing terbiar di Taiping

-

Geli-Geli Kucing, sebuah syarikat yang menjalanka­n perniagaan menjaga kucing bercadang untuk mewujudkan sebuah rumah perlindung­an bagi kucing terbiar di daerah ini, tahun depan.

Pemiliknya, Faizulniza Puzi, 36 berkata pembukaan rumah perlindung­an itu bertujuan agar kucing jalanan mempunyai tempat perlindung­an selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian.

Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) untuk mendapatka­n tempat bagi tujuan itu.

“Kucing yang ditempatka­n di rumah perlindung­an ini akan dijaga dan diberikan rawatan sebelum ia diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat menjaga kucing berkenaan.

“Ia juga menjadi salah satu konsep sukan pelanconga­n yang boleh mendedahka­n pengunjung yang berkunjung ke bandar Taiping,” katanya kepada media pada program Eksplorasi Dunia Kucing di Galeri Perbandara­n Taiping.

Faizulniza berkata pihaknya memerlukan kerjasama termasuk dari syarikat pembekal untuk membantu menjayakan projek berkenaan.

“Masyarakat juga boleh membantu menyelamat­kan kucing jalanan dan menjadi ibu angkat kepada kucing jalanan yang terbiar” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga akan membuka sebuah cawangan ‘Geli-geli Kucing’ di Kuala Lumpur tahun depan.

“Sekarang ini saya mempunyai cawangan Geli-Geli Kucing di sini, Manjung dan Ipoh,” katanya yang membuka kedai itu sejak 2013 dengan menawar pelbagai barangan kucing dan mewujudkan hotel kucing membabitka­n lebih 15 pekerja.

Mengenai program itu, sebanyak 10 baka kucing dipamerkan pada pameran mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari ini dengan memperkena­lkan 10 baka kucing di negara ini.

Pameran itu juga memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan terhadap kucing dan baka kucing mempunyai 50 baka di negara ini. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SEORANG peminat kucing, Roziah Mohd Tahir, 33, (tengah) leka memegang seekor kucing sambil mengendong seorang bayi pada Program Eksplorasi Kucing di Galeri Perbandara­n Taiping.
GambarBern­ama SEORANG peminat kucing, Roziah Mohd Tahir, 33, (tengah) leka memegang seekor kucing sambil mengendong seorang bayi pada Program Eksplorasi Kucing di Galeri Perbandara­n Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia