Utusan Borneo (Sabah)

Ambang Tahun Baharu 2019 disambut di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I

-

SIBU: Orang ramai dialu-alukan untuk memeriahka­n sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I pada 31 Disember ini.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata program anjuran MPS itu akan diserikan dengan kehadiran Menteri Perdaganga­n Antarangsa dan E-Dagang Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh.

“Bagi memudahkan orang ramai, pihak majlis akan menambah operasi tempat letak kenderaan bertingkat di Jalan Wong Nai Siong mulai jam 5.30 petang hingga jam 2 pagi.

“Bagaimanap­un, kadar harga tidak berubah iaitu RM1 untuk setiap kemasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah timbalanny­a Kaunselor Rogayah Jemain.

Bagi menambah keterujaan pada malam itu nanti, pihak majlis telah merangka pelbagai programhib­uranuntukd­isajikan kepada orang ramai yang hadir, ujar Tiong.

Katanya, Pengarah Artistik Chen Ing Kuan telah dilantik untuk melaksanak­an pelbagai program dan persembaha­n di pentas utama.

“Antaranya adalah persembaha­nkugiran,nyanyian, menari, orkestra, sape, seni mempertaha­nkan diri Cina dan sebagainya.

“Sebaik sahaja tepat jam 12.00 tengah malam, acara kemuncak iaaitu pertunjuka­n bunga api selama 10 minit akan diadakan sebagai simbolik menyambut kedatangan Tahun Baharu 2019,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia