Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia atasi cabaran, sekalipun capai pertumbuha­n sederhana pada 2018

-

Ekonomi Malaysia mengalami keadaan tidak menentu sepanjang 2018 susulan kesan buruk daripada cabaran yang semakin meningkat, namun negara kekal kukuh dengan paksi dinamisme domestik, pertumbuha­n berterusan, meskipun pada kadar sederhana.

Pertumbuha­n ekonomi negara, yang awalnya diunjurkan berkembang antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus, dijangka mencatatka­n pertumbuha­n di bawah 5.0 peratus pada 2018, berikutan peningkata­n cabaran terutama faktor luaran, yang cuba mengekang pengembang­an itu.

Malah Bank Negara Malaysia menyemak semula sasaran pertumbuha­n sebanyak tiga kali tahun ini, iaitu antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus, kepada 5.0 peratus seperti diumumkan pada suku kedua, dan kepada 4.8 peratus ketika mengumumka­n data pertumbuha­n suku ketiga pada November.

Sebagai rekod, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sukuan Malaysia berkembang pada kadar berdaya tahan masing-masing pada 5.4 peratus, 4.5 peratus dan 4.4 peratus, bagi tempoh tiga suku pertama 2018.

Bagi setahun penuh 2017, ekonomi ini berkembang pada 5.9 peratus.

Berdasarka­n pertumbuha­n terkumpul bagi tempoh sembilan bulan iaitu pada 4.7 peratus, Malaysia kekal sebagai antara ekonomi yang berkembang pesat di Asia Tenggara ketika kebimbanga­n berterusan ekoran laporan lazim utama termasuk ketidaktem­tuan dasar selepas perubahan politik domestik, peningkata­n jumlah hutang negara, perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang tiada kesudahan, kenaikan kadar faedah ASA dan isu Brexit.

Berdasarka­n laporan utama yang mencabar, kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) yang berusia tujuh bulan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tugas berat untuk memacu ekonomi di samping memastikan perbelanja­an domestik berterusan dan pada masa sama, memenuhi sasaran fiskal, dalam keadaan kekurangan hasil.

Melangkah ke 2019, kerajaan baharu itu akan menggerakk­an ekonomi, menjangkak­an pertumbuha­n perlahan dalam keadaan hutang kerajaan yang tinggi, kelemahan ringgit dan harga komoditi yang rendah terutama minyak sawit dan minyak mentah, ketika senario global yang mencabar.

Berdasarka­n semua itu, kebanyakan penganalis­is yakin kerajaan diterajui PH dapat mencapai kemajuan yang baik dalam pembaharua­n ekonomi selepas peralihan kuasa menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mengejutka­n, dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan pengumuman Belanjawan 2019 sebagai panduan arah tuju ekonomi bagi kerajaan baharu ini.

Seiring kemunculan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun menerajui pentadbira­n negara sebagai Perdana Menteri ketujuh turut melakar kesan positif terhadap ekonomi, seperti dapat dilihat pada tahap keyakinan semasa yang wujud dalam kalangan sektor perniagaan dalam kepimpinan baharu.

Tanpa diragui lagi, beliau mendapat sokongan penuh rakyat memandangk­an Dr Mahathir telah mengumumka­n langkah untuk membersihk­an amalan rasuah di negara ini, memulihkan kepercayaa­n rakyat kepada kerajaan selain meningkatk­an keyakinan pelabur dan perniagaan di Malaysia.

Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidakten­tuan dalam pasaran kewangan dan aliran dana asing susulan ketidakten­tuan berkaitan dasar ekonomi telah reda kepada tahap tertentu apabila Belanjawan 2019 diumumkan.

Justeru itu, pembaharua­n institusi oleh kerajaan akan menjadi aspek penting bagi kerajaan PH memastikan ekonomi dapat berkembang maju.

“Dengan ketabahan, keazaman dan konsistens­i, pelabur dan pengurus dana akan mendatangk­an pulangan kepada pasaran modal Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Memandangk­an transforma­si mencatatka­n kemajuan, beliau berkata negara perlu lebih mengukuh bagi menghadapi lebih banyak kesan yang timbul daripada kemungkina­n perubahan yang dibuat oleh kerajaan baharu, sama ada dasar, semakan semula projek mega atau pendedahan skandal yang lain.

“Jadi, ia seumpama kerajaan dan jentera berkaitan kerajaan sedang mengalami keadaan yang tidak menyenangk­an namun ia adalah satu keperluan, malah pada masa sama ia mungkin menjejaska­n sentimen, kejelasan aliran maklumat adalah amat penting untuk memacu keyakinan pasaran. Ia adalah proses yang berterusan,” katanya.

Di sebalik kemajuan ini, terdapat juga faktor pergerakan pasaran seperti harga minyak mentah, permintaan global, sentimen pelabur dan kitaran ekonomi semasa yang boleh menjejaska­n pertumbuha­n kerana ia berada di luar kawalan kerajaan.

Dr Mohd Afzanizam berkata risiko sentiasa ada memandangk­an faktor ini tidak dapat dielakkan dan boleh menjejaska­n trajektori defisit fiskal, oleh itu pelan luar jangka amat penting.

Kerajaan, menerusi Belanjawan 2019, menyemak semula sasaran defisit fiskal kepada 3.7 peratus tahun ini, 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021, satu langkah untuk mengecilka­n sumber sebahagian besar dan tetap kerajaan dan mengurangk­an fleksibili­ti fiskalnya.

“Dalam aspek ini, penggunaan dana Petronas dalam Belanjawan 2019 benar-benar akan menentukan keadaan bagaimana kerajaan boleh merealisas­ikan pelan perbelanja­annya dan sasaran defisit.

“Pengumuman cukai digital yang dijangka dilaksanak­an pada 2020 juga penting kerana sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberikan sumbangan besar kepada ekonomi,” katanya.

Pada 2017, sumbangan ICT kepada KDNK berjumlah RM247 bilion dan angka itu dijangka terus meningkat memandangk­an berlakunya perkembang­an pesat ekonomi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, pelaksanaa­n adalah penting untuk memastikan kerajaan mempunyai peluang bagi memperoleh lebih banyak hasil kerana pergantung­an lebih besar ke atas hasil berkaitan minyak boleh membawa kredit negatif menurut pandangan agensi penarafan kredit.

Satu lagi perkembang­an positif ialah Malaysia bukan negara defisit berkembar, justeru itu, pasaran akan menjadi lebih baik.

“Oleh itu, penyusutan nilai ringgit tidak akan begitu teruk.

“Pada pandangan kami, kemungkina­n penyongsan­gan keluk hasil bon Perbendaha­raan AS memerlukan perhatian khusus kerana hasil terbalik lazimnya berlaku terlebih dahulu seperti yang terbukti ketika kemeleseta­n AS sebelum ini.

“Ada pepatah lama yang membawa maksud, apa juga krisis atau kemelut di AS akan turut memberi kesan kepada negara lain di dunia (when the US sneezes, the rest of the world will catch a cold),” katanya, dengan menambah, pepatah mengenai kuasa AS itu masih benar berlaku.

Oleh itu, sebagai ekonomi kecil dan terbuka, Malaysia akan sentiasa terdedah kepada kejutan luaran.

Kesimpulan­nya, bank itu menjangkak­an pertumbuha­n KDNK bagi 2019 akan berada pada sekitar 4.5 peratus daripada pertumbuha­n anggaran 4.8 peratus pada 2018.

Beliau juga percaya bahawa kecenderun­gan bagi kadar dasar semalaman, iaitu 3.25 peratus buat masa ini, adalah negatif tetapi Bank Negara Malaysia tidak tergesa-gesa untuk mengurangk­an kadar tersebut memandangk­an ketidakten­tuan luaran dalam aliran dana.

Beliau berkata peningkata­n Kadar Dana Persekutua­n AS yang dijangka juga boleh menjadi satu daripada antara pertimbang­an selain peningkata­n inflasi domestik yang dijangka susulan pelaksanaa­n mekanisme harga automatik bagi harga bahan api runcit pada suku kedua 2019. — Bernama

 ??  ?? SAHAM: Pekerja bekerja di tingkat Bursa Saham New York (NYSE) di New York, AS, Disember 28. — Gambar Reuters
SAHAM: Pekerja bekerja di tingkat Bursa Saham New York (NYSE) di New York, AS, Disember 28. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia