Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Sunway sasar 54 juta penonton realiti web TV ‘The Amazing Sunway City Challenge’

-

KUMPULAN Sunway menerusi program realiti web tv ‘The Amazing Sunway City Challenge’ mensasarka­n 54 juta tontonan seluruh dunia apabila ia disiarkan di WebTVAsia pada Februari 2019.

Pertanding­an yang julung kali diadakan itu disertai 10 selebriti atau individu berpengaru­h di media sosial dari 10 negara Asia iaitu Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, India, Indonesia, Thailand, China, Korea Selatan dan Mesir.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-belah Sunway dan Taman Tema Sunway, Chan Hoi Choi berkata dengan jumlah keseluruha­n pengikut selebriti itu yang mencecah 25 juta orang, sasaran itu dapat dicapai sekali gus membantu melonjakka­n Sunway City sebagai lokasi tumpuan pelancong.

“Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City menerusi video dan muatnaik (posting) di media sosial dan akan terhibur dengan gelagat selebriti media sosial mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton program webtv empat episod itu di Subang Jaya baru-baru ini.

Chan berkata pengguna media sosial juga boleh menyertai peraduan yang akan diadakan di sepanjang empat episod web (webisodes) berkenaan.

Program tiga hari bermula 28 Disember yang dihoskan oleh personalit­i media sosial Malaysia, Jenn Chia itu menawarkan hadiah mata Sunway Pals (Sunway Pals points) bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9.

Antara peserta ialah SorDor Style dari Thailand, Matthew Stewart dari Singapura dan Gong Yi dari China.

Penyampai radio Era FM Mohamad Faizal Ahmad, 24, atau popular dengan panggilan Jaa Suzuran satu-satunya selebriti yang mewakili Malaysia berharap penyertaan­nya dalam program realiti itu dapat meluaskan lagi pengalaman­nya serta menambah lebih ramai kenalan.

Jaa yang mempunyai keseluruha­n hampir 1.2 juta pengikut di laman sosial Facebook, Instagram dan Youtube bakal berentap mengharung­i beberapa aktiviti mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon dan beraksi di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.

Para penonton juga boleh menonton siri berkenaan di SAYS.com, IDN Times, ET Today, Line.tv dan platform rasmi media sosial Sunway City, LUVE. — Bernama

 ??  ?? CHAN HOI CHOI
CHAN HOI CHOI
 ??  ?? (Gambar atas) CHAN (berdiri, empat kiri) bergambar bersama 10 selebriti media sosial berpengaru­h terkemuka dari 10 negara Asia pada pratonton media The Amazing Sunway City Challenge baru-baru ini. Kesemua selebriti ini memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruha­n akan bertarung sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi hak sebagai juara The Amazing Sunway City Challenge dan akan membawa pulang mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 9. — Gambar Bernama
(Gambar atas) CHAN (berdiri, empat kiri) bergambar bersama 10 selebriti media sosial berpengaru­h terkemuka dari 10 negara Asia pada pratonton media The Amazing Sunway City Challenge baru-baru ini. Kesemua selebriti ini memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruha­n akan bertarung sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi hak sebagai juara The Amazing Sunway City Challenge dan akan membawa pulang mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 9. — Gambar Bernama
 ??  ?? JAA Suzuran (tiga kiri) yang mewakili Malaysia melakukan salah satu permainan pada pratonton media program The Amazing Sunway City Challenge baru-baru ini. — Gambar Bernama
JAA Suzuran (tiga kiri) yang mewakili Malaysia melakukan salah satu permainan pada pratonton media program The Amazing Sunway City Challenge baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia