Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup rokok tumpas

- Oleh YAP SIONG HAN

KUDAT: Pasukan Polis Marin Kudat berjaya menumpaska­n cubaan seludup sebanyak 5,480 bungkus rokok di kawasan Kampung Kanibongan Pitas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, turut ditahan suspek, seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun.

Beliau berkata berpanduka­n kepada maklumat risikan yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin (URM), pihaknya telah menahan sebuah van berwarna putih dalam keadaan mencurigak­an pada jam 5.45 petang Jumaat.

“Pemeriksaa­n bermula apabila pegawai serbuan telah memperkena­lkan diri sebagai polis kepada pemandu van itu kemudian membuat pemeriksaa­n dengan disaksikan oleh pemandunya.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut membolehka­n pasukan polis menjumpai barangan tidak berkastam iaitu rokok pelbagai jenis jenama Era Biru, Era Black, Era Hijau, Era Click, Premium Gold, Premium Black, D&J Black, D&J Merah, D&J Ice Plus, D&J Biru Double Switch, D&J Hijau, Apache, LA Hijau, LA Merah, Tex Biru, Astro Merah, Brooks, A-Satu Merah dan A-Satu Hijau.

“Kesemua rokokrokok itu berjumlah 5,480 bungkus. Turut dirampas satu beg yang mana setelah diperiksa polis berjaya menemui wang tunai berjumlah RM15,155.00 dan dua telefon bimbit jenama Vivo,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n nilai rampasan termasuk sebuah van berjumlah RM305,800.00 dan juga rampasan melibatkan wang tunai berjumlah RM15,155.00.

Katanya, suspek melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, kerana dengan disedariny­a melindungi, menyembuny­i dan menyimpan apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan.

Beliau turut mengalualu­kan tindakan masyarakat menyalurka­n maklumat terutama dalam pencegahan jenayah penyeludup­an bagi membantu pihak polis iaitu selari dengan moto Polis Diraja Malaysia iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.-

 ??  ?? SUSPEK ditangkap bersama rokok seludup yang dirampas.
SUSPEK ditangkap bersama rokok seludup yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia