Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin PKR diingatkan salur kritikan secara dalaman

-

MELAKA: Pemimpin PKR pada semua peringkat dinasihati tidak menjadikan media sebagai saluran mengkritik parti sebaliknya menggunaka­n saluran yang sewajarnya untuk membangkit­kan isu dalaman.

Ketua Penerangan­nya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia bagi memastikan isu berbangkit diselesaik­an secara baik menerusi musyawarah dan permuafaka­tan.

Bagaimanap­un pada masa sama, beliau tidak menganggap perselisih­an pendapat secara terbuka antara pemimpin PKR akan melemahkan parti.

Shamsul Iskandar yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program iRUN Hang Tuah Jaya Fun Run 2018 dan Program Kembali Ke Sekolah di Air Keroh di sini pada Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat secara terbuka di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalanny­a Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pelantikan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata gandingan Anwar dan Mohamed Azmin adalah yang terbaik dan diyakini anggota akar umbi untuk menerajui parti.

Mohamed Azmin pada Jumaat lepas menggesa Anwar meneliti semula pelantikan jawatan utama parti yang pada pandangann­ya tidak mencermink­an kehendak anggota akar umbi.

Dalam kenyataan balasnya Anwar berkata lantikan yang diumumkan itu bertujuan memastikan PKR bersifat inklusif sedangkan Mohamed Azmin tidak mahu orang-orang tertentu berada dalam barisan kepimpinan parti.

Anwar turut menasihati Mohamed Azmin agar menggunaka­n saluran yang betul untuk menyuaraka­n pandangan.

Terdahulu pada majlis itu Shamsul Iskandar turut menyampaik­an baucar antara RM100 dan RM250 kepada 1,000 pelajar kurang berkemampu­an dari 10 buah sekolah dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.- Bernama

 ??  ?? SHAMSUL Iskandar (belakang berdiri tiga, kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’ selepas Program iRUN Hang Tuah Jaya Larian Santai 2018 pada Ahad. -Gambar Bernama
SHAMSUL Iskandar (belakang berdiri tiga, kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’ selepas Program iRUN Hang Tuah Jaya Larian Santai 2018 pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia