Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n terus Kuching-Brunei kukuhkan hubungan: Abdul Karim

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap dengan adanya laluan penerbanga­n Kuching dan Brunei akan mengukuhka­n lagi hubungan dua negara jiran.

Menurut beliau lagi, selama ini penerbanga­n transit selalu melalui laluan penerbanga­n Singapura dan Kuala Lumpur.

“Tetapi sekarang ada tempat dan alternatif lain (melalui Brunei) dan pakej pelanconga­n yang ditawarkan Royal Brunei Airlines (RB) juga sangat baik, “katanya semasa majlis makan tengah hari di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Abdul Karim mengulas mengenai keputusan Royal Brunei Airlines untuk menyediaka­n semula penerbanga­n bagi laluan antara Kuching dan Brunei selepas pesawat penerbanga­n RB bersejarah mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) kelmarin selepas lima tahun.

Bagi pihak kerajaan negeri, kementeria­n, Sarawak Tourism Board (STB) dan rakyat Sarawak mengucapka­n penghargaa­n kepada Royal Brunei Airlines kerana menjadikan Kuching sebagai salah satu destinasi syarikat penerbanga­n itu.

Tambahan pula, beliau turut berkata penerbanga­n bersejarah itu kebetulan diadakan pada waktu pelancaran Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019 dan sambutan Ambang Tahun Baharu pada 31 Disember di Tebingan Kuching di sini.

“Kami sangat gembira untuk menghubung­kan semula bandar raya Kuching yang cantik dengan tempat lain dalam rangkaian kami dan menyediaka­n laluan udara Brunei sekali lagi,” kata Ketua Pegawai Komersial Martin Aeberli pada acara tersebut.

Menurut Aeberli, terdapat permintaan dan sokongan yang tinggi daripada pelanggan dan pemegang berkepenti­ngan untuk RB menyediaka­n semula perkhidmat­an bagi laluan penerbanga­n antara Brunei dan Kuching.

Sehubungan itu, Abdul Karim memberitah­u penerbanga­n terus d iantara Haikou, Hainan dan Kuching akan bermula pada awal Januari tahun depan dengan dua penerbanga­n dalam seminggu.

Penerbanga­n dari Brunei ke Kuching oleh pesawat RB A320 dengan dua penerbanga­n akan ditambah kepada empat penerbanga­n dalam seminggu bermula 3 Februari 2019 dan seterusnya.

Pada masa yang sama, RB pada Jumaat telah melakukan penerbanga­n bersejarah dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei dan mendarat di LTAK pada jam 11.45 malam Jumaat.

Turutmenai­kipenerban­gan bersejarah itu adalah Abdul Karim dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee.

Menyambut ketibaan penumpang pesawat penerbanga­n RB di LTAK ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin yang berharap pelancong dari China dapat menerokai Sarawak dalam perjalanan mereka ke Brunei dengan kewujudan semula laluan berkenaan.

Dengan penerbanga­n yang mengambil masa sejam 15 minit itu, laluan tersebut dijangka akan menambah jumlah pelawat antara Brunei dan Kuching untuk menyediaka­n hubungan penting dengan tempat lain di Pulau Borneo.

“Lembaga dan rakan industri Sarawak mengalukan kerjasama erat bagi memastikan kemampanan laluan itu dan pada waktu yang sama memudahkan promosi bersama untuk memastikan kepentinga­n perniagaan jangka panjang semua pihak terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor dalam kenyataan akhbarnya pada Sabtu.

 ??  ?? SHARZEDE (dua kiri), Hii (tiga kiri), Abdul Karim (tengah), Aeberli (tiga kanan) dan Konsul Jeneral Brunei di Kuching, Mohammad Kamaluddin (dua kanan) memotong kek di Majlis Perasmian Laluan Semula Penerbanga­n oleh Royal Brunei Airlines diantara Kuching dan Brunei.
SHARZEDE (dua kiri), Hii (tiga kiri), Abdul Karim (tengah), Aeberli (tiga kanan) dan Konsul Jeneral Brunei di Kuching, Mohammad Kamaluddin (dua kanan) memotong kek di Majlis Perasmian Laluan Semula Penerbanga­n oleh Royal Brunei Airlines diantara Kuching dan Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia