Utusan Borneo (Sabah)

Peluang tebus kesilapan dalam ‘Seven Pounds’, Tahun Baharu ini di TV2

-

SEORANG lelaki yang kematian tunang dan enam orang lain kerana kemalangan jalan raya membantu tujuh orang lain untuk meneruskan hidup mereka. Kisah yang memberi inspirasi ini dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas pada sambutan tahun baharu 2019 menerusi tayangan filem Inggeris bertajuk ‘Seven Pounds’ esok, jam 9.30 malam di TV2.

Menampilka­n lakonan mantap aktor terkenal Will Smith berganding­an dengan Rosario Dawson, Woody Harrelson dan Michael Ealy, filem arahan Gabriele Muccino ini berkongsi cerita watak Tim Thomas menghadapi tekanan perasan dan rasa bersalah atas kemalangan kereta yang dipandunya yang telah menyebabka­n kematian tunangnya dan enam orang yang lain.

Untuk menebus kesalahann­ya Tim telah memutuskan untuk menyelamat­kan tujuh nyawa. Beliau telah menderma secebis paruparuny­a kepada abangnya Ben. Enam bulan kemudian Tim mendermaka­n sebahagian daripada hatinya kepada Holly seorang pekerja di sebuah pusat pemelihara­an kanak-kanak.

Dia juga turut menderma satu buah pinggangny­a kepada George seorang pelatih hoki sekolah rendah. Selain itu beliau juga turut menderma tulang sum-sum kepada seorang kanak-kanak bernama Nicholas.

Selanjutny­a Tim jua ingin menderma cornea matanya kepada Ezra seandainya beliau meninggal dunia. Ezra merupakan seorang pemuzik buta di sebuah taman yang mengadakan pertunjuka­n muzik setiap minggu.

Atas cadangan Holly, Tim bertemu dengan Connie Tepos, ibu kepada dua orang anaknya yang sering kali didera secara fizikal oleh teman lelakinya.

Tim membantu beliau dengan cara menyerahka­n rumah beliau di tepi pantai kepada Connie agar dia dapat memulakan hidup baru jauh daripada teman lelakinya.

Tim seterusnya telah bertemu dengan Emily Posa seorang yang bekerja sendiri dengan mencetak kad ucap selamat.

Mereka berdua akhirnya jatuh cinta. Emily merupakan seorang pesakit jantung dan Tim berazam mendermaka­n jantungnya kepada kekasihnya itu.

Satu hari Tim cuba membunuh diri dengan cara memenuhkan kolam mandi di bilik air dengan air batu (untuk menjamin semua organ penting dapat disimpan) dan melepaskan obor-obor berbisa. Dia merasakan masanya telah tiba dan dia sudah betulbetul bersedia untuk ‘pergi’.

Beliau sempat meninggalk­an wasiat kepada rakan baiknya Dan yang perlu memastikan apabila beliau mati nanti organnya akan didermakan kepada orang yang telah dipilih termasukla­h Ezra dan Emily kekasihnya.

Namun adakah cubaannya berjaya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia