Utusan Borneo (Sabah)

Christian Bale hidupkan persona Dick Cheney dengan amat baik sekali

- Oleh LAURENT BANGUET

IA hampir secara kebetulan bahawa pengarah Adam McKay telah memutuskan untuk membuat ‘Vice’ – sebuah biopik mengenai Dick Cheney, ahli politik neokonserv­atif yang licik dan menjadi naib presiden George W. Bush yang berpengaru­h, yang sudah menerima pencalonan bagi anugerah penting.

McKay demam selesema, membaca sebuah buku tentang Cheney dan tidak dapat berhenti membaca.

“Saya asyik terkejut dengan sejauh mana lelaki ini telah benar-benar mengubah hala tuju Amerika,” kata McKay di tayangan perdana barubaru ini bagi filemnya, yang berada di pawagam Amerika Syarikat pada Hari Natal.

‘Vice’ sudah menerima enam pencalonan Golden Globe, yang mendahului pertanding­an, dan boleh menyaksika­n Christian Bale, yang tidak dapat dikenali di bawah lapisan mekap dan berat badan tambahan kira-kira 18 kilo, membawa pulang anugerah Oscar kedua.

Pengkritik filem berkata pelakon Wales itu – yang membawa pulang anugerah Oscar pertamanya pada 2011 untuk ‘The Fighter’ – menguasain­ya.

Bale “memeluk Cheney dengan keikhlasan”, kata majalah Rolling Stone manakala Variety pula memuji lakonannya sebagai Cheney sebagai pada “tahap pemerhatia­n dan ketepatan yang luar biasa mahir”.

“Christian Bale membawa persona Dick Cheney dengan amat baik sekali – hambar, tajam, penampilan membosanka­n yang tipu, pasif-agresif tetapi tidak kelihatan, tidak menunjukka­n perasaan tetapi dengan sedikit bunyi yang menderam – dan melakukann­ya dengan kecemerlan­gan nakal yang tidak mungkin lebih sempurna,” kata Variety.

Bale menyifatka­n Cheney, yang dilihat ramai sebagai wakil unggul Bush dari 2001 hingga 2009, sebagai “watak yang sangat tegas – dia amat mementingk­an diri, dan dia memahami dengan amat baik sekali, mungkin tidak seperti orang lain, bagaimana untuk menjalanka­n jentera kerajaan”.

Cheney – yang turut berkhidmat sebagai setiausaha pertahanan dari 1989 hingga 1993 di bawah George H.W. Bush sewaktu Perang Teluk pertama – berdepan dengan penilaian yang sukar.

Dia dikritik bukan sahaja kerana pandangan dasarnya yang ‘neo-con’ (konservati­f baharu) tetapi juga kerana dakwaannya yang tidak tepat bahawa Iraq di bawah Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran serta tindakanny­a mempertaha­nkan penggunaan “teknik soal siasat yang tinggi”

– sekarang dilihat ramai sebagai penyeksaan.

Cheney juga disyaki ada konflik kepentinga­n: sebagai calon gandingan Bush pada 2000, dia juga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Halliburto­n, syarikat khidmat medan minyak kedua terbesar di dunia. Ia mengaut keuntungan daripada Perang Teluk kedua pada 2003.

- ‘Penjahat kartun’ ‘Vice’

meninjau pelbagai lembaran dalam kehidupan Cheney, daripada urusannya antara kewajipan di Rumah Putih dengan urusan perniagaan dan masa silamnya sebagai seorang pemuda yang liar dan kuat minum arak di Wyoming yang akhirnya dibuang dari Yale.

Dia sihat kerana isterinya Lynne, lakonan Amy Adams dalam persembaha­n yang turut menerima pujian pengkritik.

Sam Rockwell (George W. Bush) dan Steve Carell (Donald Rumsfeld) melengkapk­an barisan pelakon.

Sementara pengkritik hampir bersatu tentang lakonan Bale, pendapat mengenai filem itu pada keseluruha­n adalah lebih pelbagai.

Ramai pengkritik memuji karya McKay tetapi ada juga yang berkata gambaranny­a mengenai Cheney adalah cetek.

Filem itu, kata majalah Time, mengubah Cheney menjadi “seorang penjahat kartun”.

Variety mengadu bahawa McKay tidak pernah menangani persoalan asas mengenai siapa Cheney dan bagaimana dia dapat mengumpul begitu banyak kuasa.

“Penonton, dalam usaha untuk merungkai motivasiny­a, apatah lagi (gulp!) kehidupan dalamannya, terpaksa menggunaka­n kata-kata abstrak seperti ‘ketamakan’ dan ‘kuasa’,” tulis Variety.

McKay menegaskan dari awal lagi, ideanya ialah untuk “memanusiak­an orang-orang ini – marilah mendalami mereka, marilah memahami mereka”.

Satu lagi perkara yang mungkin tidak menyenangk­an segelintir penonton ialah kaedah yang digunakan oleh filem itu: imbasan kembali demi imbas kembali, penceritaa­n di luar skrin, penampilan pelik di tengah-tengah filem and Cheney sendiri malah memecah tembok keempat untuk berucap kepada penonton filem.

Bale berkata teknik McKay yang tidak ortodoks adalah amat penting.

“Anda sebenarnya memerlukan­nya kerana ia boleh jadi begitu menyedihka­n dan traumatik, apa yang yang anda tonton,” kata Bale.

Carell berkata salah satu perkara kuat dalam filem itu ialah relevan kepada politik pada hari ini.

“Apabila orang menonton filem ini, mereka pasti akan membuat kaitan di antara waktu itu dengan waktu sekarang, dan itulah sifat sejarah pada amnya: kita dapat menyambung titik dengan perkara yang berlaku sekarang,” kata Carell tanpa menyebut nama Donald

Trump. — AFP

 ??  ?? CHRISTIAN BALE
CHRISTIAN BALE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia