Utusan Borneo (Sabah)

PPM rampas bot pam disyaki digunakan untuk bom ikan

Suspek lelaki berjaya melarikan diri

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas sebuah bot pam disyaki digunakan untuk mengebom ikan di perairan Taba Batang (Hammerhead), Tungku pada Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata bot itu ditahan ketika sedang digunakan pemiliknya menjalanka­n aktiviti mengebom ikan.

Katanya, hasil maklumat awam, Operasi Gelora menggerakk­an aset botronda RH 42 ke lokasi seterusnya mendekati dan menahan bot pam itu kira-kira jam 5.05 petang.

“Tiada tangkapan dibuat kerana setelah menyedari kehadiran anggota pasukan kami, seorang suspek lelaki melarikan diri dengan meninggalk­an bot di pesisir pantai,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Pajeri berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas bot ditemukan peralatan dipercayai untuk aktiviti mengebom ikan iaitu satu gulung hos kuning, satu unit jaring ikan serta ikan pelbagai jenis dengan berat lebih kurang 25 kilogram.

Kesemuabuk­titermasuk­bot dan sebuah enjin pam jenama Jiang Dong 16hp dengan nilai anggaran RM4,000 dirampas dan ditunda ke Pangkalan Marin Lahad Datu.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berharap orang ramai terus memberikan kerjasama dengan melaporkan aktiviti meragukan di perairan bagi membantera­s kegiatan jenayah.

“Kegiatan mengebom ikan perlu sama-sama dibanteras kerana ia adalah jenayah alam sekitar yang memudaratk­an ekosistem maritim,” katanya.

 ??  ?? BOT pam yang digunakan suspek disyaki untuk mengebom ikan.
BOT pam yang digunakan suspek disyaki untuk mengebom ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia