Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan petrol dan diesel di Perlis mencukupi

-

KANGAR:Pemeriksaa­n di kesemua 33 stesen minyak di seluruh Perlis oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mendapati masingmasi­ng mempunyai stok petrol dan diesel yang mencukupi untuk tempoh seminggu.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Perlis Mohd Sakhri Mohd Salleh berharap orang ramai tidak membuat pembelian panik susulan khabar angin ada stesen minyak akan menutup operasi menjelang tahun baharu.

“Setiap pemegang lesen runcit petrol dan diesel tertakluk bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu mereka wajib mematuhi syarat lesen termasuk memastikan bekalan bahan bakar itu sentiasa ada dan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di stesen minyak di Jalan Raja Syed Alwi di sini pada Isnin.

Sebelum ini dilaporkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia menyuaraka­n kebimbanga­n pengguna berdepan masalah bekalan petrol dan diesel apabila tangki simpanan di stesen minyak dijangka kering pada 1 Jan ini.

Situasi itu dilaporkan berpunca daripada pengusaha stesen minyak tidak mahu menambah simpanan pada harga mahal namun dijual pada harga murah susulan pengumuman bahawa kerajaan akan menyelaras­kan harga runcit produk petroleum termasuk petrol RON 95 pada harga lebih rendah bermula 1 Jan ini.

Sementara itu di Tanah Merah (Kelantan), KPDNHEP melakukan pemantauan di semua 26 stesen minyak di daerah berkenaan bagi memastikan bahan api tersebut mencukupi untuk kegunaan masyarakat.

Ketua cawanganya Wan Mohd Marzuki Wan Abd Kadir berkata pemantauan itu dilakukan selepas timbul desas-desas terdapat pengusaha enggan menambah simpanan minyak mereka.

“Kita dapati kesemua stesen ini membuat ‘auto order’ iaitu pihak syarikat pembekal minyak mengikut jenama masingmasi­ng akan menghantar bekalan minyak secara automatik apabila stesen kekurangan dan memerlukan bekalan minyak,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di stesen minyak di sini, pada Isnin.

Pada masa sama beliau menegaskan pihaknya tidak teragakaga­k mengambil tindakan jika ada pengusaha stesen minyak melanggar syarat lesen.

“Pegawai kami akan membuat pemeriksaa­n dari semasa ke semasa di stesen minyak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk kegunaan orang ramai,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia