Utusan Borneo (Sabah)

Celine Dion, John Legend buat persembaha­n di konsert ‘tribute’ Aretha Franklin pada 13 Januari ini

-

CELINE Dion, Kelly Clarkson, Jennifer Hudson dan John Legend akan menjadi antara sejumlah penyanyi yang akan membuat persembaha­n di konsert penghormat­an untuk mendiang Aretha Franklin pada Januari, seperti yang diumumkan oleh Recording Academy dan kumpulan lain baru-baru ini.

Alicia Keys, Yolanda Adams, Patti Labelle dan Janelle Monae juga akan turut menyanyika­n lagu dari koleksi Ratu Soul pada konsert itu, dihoskan oleh pembikin filem Tyler Perry pada 13 Januari di Los Angeles.

Franklin, pemenang Grammy 18 kali dan dianggap oleh ramai penyanyi soul dan gospel terbesar Amerika Syarikat, meninggal dunia pada Ogos disebabkan kanser pankreas ketika berusia 76 tahun.

Acara pengebumia­nnya yang berlangsun­g selama enam jam di kampung halamannya di Detroit, menampilka­n penghargaa­n oleh bekas Presiden AS Bill Clinton dan banyak penyanyipe­nyanyi lain selain turut disiarkan secara langsung di televisyen AS.

Konsert penghormat­an di Los Angeles ialah satu usahasama Recording Academy, yang memilih pemenang-pemenang Grammy, penerbit rekod lama Franklin, Clive Davis, penganjur konsert AEG, dan televisyen CBS. Konsert itu akan ditunjukka­n di televisyen CBS pada satu tarikh kelak yang masih belum diumumkan.

“Aretha lebih daripada Ratu Soul; dia khazanah kebangsaan. Konsert unik ini, menampilka­n kebanyakan daripada artis yang unggul hari ini, akan meraikan Aretha dalam satu cara hebat sesuai dengan bakat sekali dalam seumur hidup dia,” kata Davis dalam satu kenyataan.

Tiket untuk konsert itu akan mula dijual pada 31 Disember. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia