Utusan Borneo (Sabah)

Jamilah bantu ringankan beban ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolah­an

-

KUCHING: Program ‘Back To School’ merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dalam membantu golongan sasar yang memerlukan.

Menurutnya, tidak semua ibu bapa dan penduduk di sini mempunyai kemampuan untuk menyediaka­n barangan keperluan baharu untuk anak-anak menjelang sesi persekolah­an baharu.

“Saya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak di sini tanpa mengira agama dan bangsa serta fahaman politik kerana mereka semua anak Sarawak yang akan menjadi pemimpin negeri Sarawak pada masa akan datang.

“Saya juga mengambil berat akan keperluan perbelanja­an yang dihadapi ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolah­an,” katanya ketika berucap pada Program ‘Back To School’ di Kampung Stoh di sini, pada Isnin.

Tambah Jamilah, program sebegini diadakan bagi membantu meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an anak-anak pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang berkemampu­an.

Pada majlis itu, seramai 120 kanak-kanak menerima bantuan berupa beg dan peralatan sekolah masingmasi­ng di Zon Lundu dan Sampadi.

Hadir sama Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu Kaunselor Fatimah Abdullah, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Jamilah turut mengumumka­n pemberian bantuan dana kewangan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah di kawasan DUN Tanjong Datu bagi membolehka­n aktiviti sekolah dilaksanak­an.

“Selain memberi beg dan kelengkapa­n sekolah, saya turut memberi dana untuk PIBG di setiap sekolah di kawasan DUN Tanjong Datu walaupun saya tidak dijemput atau dialu-alukan di sekolahsek­olah.

“Ini adalah tanggungja­wab saya sebagai pemimpin dalam memastikan anakanak bukan sahaja mendapat pendidikan di sekolah, tetapi juga melakukan aktiviti lain yang boleh mengembang­kan bakat dan minda anak-anak,” tambahnya.

Di samping penyerahan beg dan kelengkapa­n sekolah, turut diadakan program gunting rambut secara percuma oleh Pergerakan Pemuda PBB Tanjong Datu yang diketuai Ketua Pemuda Azizul Anuar Adenan.

Terdahulu, pada sebelah paginya telah diadakan perasmian Program Rakan Taman yang merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Lundu dan PBB Tanjong Datu serta Persatuan Ibu Tunggal Daerah Lundu (PITSA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia