Utusan Borneo (Sabah)

PDAM bertemu Mahathir lahir kebimbanga­n isu harga minyak

-

PUTRAJAYA: Kepimpinan dan wakil Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu berhubung kebimbanga­n persatuan itu berkaitan isu harga minyak.

Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan empat wakil persatuan itu bersama Dr Mahathir itu berlangsun­g kira-kira 45 minit di Perdana Putra di sini hari ini sebelum Perdana Menteri mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet.

Khairul Annuar yang ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata perjumpaan itu telah membincang­kan cadangan dan kebimbanga­n persatuan itu berhubung isu harga minyak.

“Kita membincang­kan semua sadangan kami dan menyatakan kekhuatira­n. Beliau (Dr Mahathir) nampaknya sangat memahami,” katanya.

Dr Mahathir pada Selasa dilaporkan berkata kerajaan akan membuat keputusan mengenai harga petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu selepas mendapatka­n pandangan daripada pembeli dan pengusaha stesen minyak.

“Kami tidak sabar menunggu sehingga keputusan dibuat oleh Kabinet. Biarkan Kabinet memutuskan dulu,” kata Khairul Annuar.

Pada 31 Dis lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan untuk beberapa hari pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Lim berkata penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baharu ini.

Pada 23 Dis lepas, Lim mengumumka­n bahawa mulai 1 Jan, 2019, harga bahan api termasuk RON 95, akan mula diapungkan secara mingguan.

Berikutan itu, PDAM menentang keputusan kerajaan mengapungk­an dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.

PDAM juga meminta kerajaan menaikkan komisen pengusaha stesen minyak bagi mengurangk­an kerugian yang ditanggung. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia