Utusan Borneo (Sabah)

City perlu menang

Untuk rapatkan jurang kepada 4 mata di belakang pendahulu liga Liverpool

-

MANCHESTER, England: “Saya mula membaca dan kemudian mula memikirkan ‘Liverpool dan Jurgen Klopp’ dan saya tidak dapat memberikan fokus,” kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola bulan lepas sambil mengakui kesungguha­n Liverpool untuk menyingkir­kan City sebagai juara Liga Perdana Inggeris sudah menyelubun­gi pemikirann­ya sejak sekian lama.

Tetapi pada perlawanan pertama mereka pada tahun baharu 2019, City mendapati diri mereka pada perlawanan harus menang untuk merapatkan kedudukan dengan kurang empat mata di belakang pendahulu liga itu selain memberikan kekalahan yang pertama buat Liverpool musim ini pada perlawanan di Stadium Etihad hari ini.

“Dengan kedudukan semasa Liverpool, jika kami tercicir lagi mata, maka semuanya sudah berakhir (mencabar kejuaraan liga); ia kelihatan hampir mustahil,” kata Guardiola selepas pasukannya kembali di landasan kemenangan dengan menewaskan Southampto­n 3-1 Sabtu lepas.

Obsesi Guardiola kepada Liverpool dan Klopp tidak mengejutka­n. Untuk pasukan yang sering mencapai kemenangan, tiada pasukan atau pengurus yang memberikan masalah kepada beliau dengan agak kerap selain Klopp.

City hanya menang sekali dari tujuh perlawanan sejak Guardiola dan Klopp tiba di England selepas kedua-dua mereka bersaing ketika masing-masing membimbing Bayern Munich dan Borussia Dortmund dalam Bundesliga Jerman.

Satu tempoh mengejutka­n tewas tiga dari empat perlawanan Liga Perdana pada bulan Disember menyebabka­n City ketinggala­n agak jauh di belakang Liverpool, yang memburu impian menamatkan kemarau 29 tahun kejuaraan liga.

Tetapi walaupun ia kelihatan tiada siapa dapat menghalang City ketika mereka memenangi kejuaraan liga dengan rekod 100 mata musim lepas, anak buah Klopp sentiasa menguasai City.

Pada bulan Januari tahun lepas, City, yang berada di ambang untuk menyamai rekod Arsenal yang tanpa kalah ketika memenangi kejuaraan liga pada 2003/2004, pergi ke Anfield dan ketinggala­n 0-3 pada tempoh sembilan minit dalam separuh masa kedua sebelum tewas 3-4 walaupun kebangkita­n pada lewat permainan.

Dalam satu dokumentar­i ‘All or Nothing’ yang menceritak­an kejayaan City memenangi kejuaraan musim lepas, Guardiola dilihat mengakui kepada kakitangan kejurulati­hannya menjelang kepulangan ke Anfield untuk perlawanan suku akhir pertama Liga JuaraJuara: “Mereka (Liverpool) menakutkan saya. Mereka sangat bahaya!”

Ia memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk menakutkan seorang jurulatih yang sudah memenangi 24 kejuaraan dalam tiga negara berbeza, tetapi kebimbanga­n Guardiola akhirnya disedari apabila Liverpool menang 3-0.

Enam hari kemudian, Liverpool menang sekali lagi di Etihad, menangani asakan demi asakan City selama 45 minit pertama sebelum menguasai separuh masa kedua dengan Guardiola hilang sabar dan diperintah meninggalk­an tepi padang.

Sekarang Liverpool mengekalka­n rentak cemerlang untuk berada di landasan memburu kejuaraan sulung mereka sejak sekian lama.

Sebagai tambahan kehadiran penjaga gol Alisson Becker dan musim penuh pertama pemain pertahanan­nya, Virgil van Dijk, Liverpool hanya bolos lapan gol dari 20 perlawanan liga.

Dan selepas permulaan hambar, tiga penyerang prolifik Liverpool, Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane, yang mengucar-kacirkan City musim lepas, mula melonjak ke prestasi terbaik mereka sekali lagi.

Kesemua tiga penyerang itu menjaringk­an gol pada satu perlawanan liga yang sama buat kali pertama pada musim ini apabila membelasah Arsenal 5-1 Sabtu lepas.

“Malangnya kami tewas dua perlawanan dan mempunyai lawan yang kini adalah pasukan terbaik di Eropah atau mungkin di dunia,” tambah Guardiola ketika merujuk kepada Liverpool.

“Kerana itu kenapa cabaran untuk kami pada hari Khamis ini ialah untuk cuba menang dan mengekalka­n kedudukan serapat yang kami mampu sehingga akhir musim untuk terus mencabar kejuaraan liga.” – AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia