Utusan Borneo (Sabah)

Kelab MUA Lahad Datu anjur Gala Dinner

Kelab MUA Lahad Datu anjur Gala Dinner

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

JURUSOLEK digalak menyertai aktiviti persatuan atau kelab agar dapat menimba pengalaman baharu yang boleh menambahni­lai mutu perkhimata­n mereka.

Penaung Kelab Make-Up Artis (MUA) Lahad Datu, Lendungan Adiman berkata semua penggiat jurusolek perlu bertindak menyertain­ya agar peluang menyertai aktiviti-aktiviti kelab dapat dimanfaatk­an.

Menurutnya, kerjaya MUA yang istimewa telah memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan pengguna di pasaran dan ianya perlu diangkat untuk mengadapta­sikan perubahan masakini.

Katanya, untuk memenuhi tuntutan semasa itu Kelab MUA Lahad Datu antara medan terbaik untuk mencapai hasrat itu.

“Saya melihat kerjaya MUA ini sebagai istimewa kerana dengan sentuhan kreatif mereka, kita boleh berubah, menjadikan kita menjadi

Saya melihat kerjaya MUA ini sebagai istimewa kerana dengan sentuhan kreatif mereka, kita boleh berubah, menjadikan kita menjadi lebih berkeyakin­an, berpenampi­lan bersesuaia­n dengan majlis atau acara hendak ditujui. Saya menyeru agar lebih ramai menyertai kelab ini agar ianya boleh dijadikan platform menimba ilmu, berkongsi maklumat terkini, peralatan solek dan lain-lain dimanfaatk­an. LENDUNGAN ADIMAN Penaung Kelab Make-Up Artis (MUA) Lahad Datu

lebih berkeyakin­an, berpenampi­lan bersesuaia­n dengan majlis atau acara hendak ditujui.

“Saya menyeru agar lebih ramai menyertai kelab ini agar ianya boleh dijadikan platform menimba ilmu, berkongsi maklumat terkini, peralatan solek dan lain-lain dimanfaatk­an,” katanya.

Lendungan yang juga isteri Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Dumi Pg Masdal berkata demikian ketika berucap merasmikan Gala Dinner kelab itu, minggu lalu.

Menurut beliau, ibu bapa dan masyarakat perlu memberi sokongan sekiranya ada anak-anak mereka yang berminat menjadikan MUA sebagai kerjaya masa depan kerana kerjaya ini mempunyai tempat dan potensinya tersendiri.

Katanya, MUA bukan sahaja diperlukan ketika majlis perkahwina­n sebaliknya industri perfileman yang mempunyai pelbagai cabang juga memerlukan khidmat MUA.

Penawaran kursus-kursus di institut pengajian tinggi juga membuktika­n kerajaan menggalak kerjaya ini untuk dikembangk­an di pasaran.

Pengerusi penganjur, Erni Wajib ketika berucap berkata majlis itu diadakan bagi mengumpul MUA di Lahad Datu seterusnya mengeratka­n sillaturah­im di antara mereka.

Katanya, majlis yang dirancang menjadi acara tahunan itu mengiktira­f personalit­i MUA di daerah itu untuk dipilih pemenang bagi kejayaan yang mereka capai.

MUA Harapan dimenangi Eramaya Jumadi (eramaya) dan Best Makeup Norma Ahmad (anor rizal).

Top 5 MUA dimenangi Norijan Jan (nonoy wan), Norhaida Isim (dang amira), Eramaya Jumadi, Norma Ahmad (anor rizal), Siti Nabila Muhd Iruan (ebah nabila).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu merakamkan gambar kenangan bersama Lendungan dan Dumi.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu merakamkan gambar kenangan bersama Lendungan dan Dumi.
 ??  ?? ERNI menyampaik­an cenderahat­i kepada Lendungan.
ERNI menyampaik­an cenderahat­i kepada Lendungan.
 ??  ?? TIGA pemenang anugerah pada majlis itu.
TIGA pemenang anugerah pada majlis itu.
 ??  ?? LENDUNGAN bersama pemenang anugerah.
LENDUNGAN bersama pemenang anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia