Utusan Borneo (Sabah)

DBKK cari sumber pendapatan baharu, kata Nordin

-

KOTA KINABALU: Mayor baharu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Nordin Siman berkata pihaknya akan mencari sumber pendapatan alternatif bagi meningkatk­an hasil selain kutipan cukai taksiran semasa.

Beliau berkata ia termasuk mengutip hasil daripada pembanguna­n baharu di kawasan bandaraya serta menarik kemasukan pelabur asing dan tempatan melalui inisiatif kerjasama awam-swasta dalam sektor pembanguna­n infrastruk­tur.

Bagaimanap­un, beliau yakin bahawa kadar taksiran semasa akan dikekalkan supaya tidak membebanka­n pembayar cukai di bandaraya ini.

“Kami memerlukan dana tetapi kami akan mencari cara lain untuk meningkatk­an pendapatan kami dan ini termasuk mendapatka­n peruntukan lebih besar dari Kerajaan Persekutua­n untuk projek tertentu serta mengupayak­an penyertaan sektor swasta dalam usaha sama,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal pada Rabu.

Nordin yang menggantik­an Datuk Yeo Boon Hai berkata DBKK pasti memerlukan lebih banyak pembiayaan bagi melaksana teras utamanya yang akan meningkatk­an pengangkut­an awam serta menjaga kebersihan di bandaraya.

Dalam satu kenyataan, Nordin berkata kedua-dua pengangkut­an awam serta kebersihan memerlukan rangsangan besar dana untuk memenuhi harapan penduduk bandaraya.

Beliau menegaskan keperluan untuk memastikan Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa bersih supaya ia tidak hanya memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi juga jumlah pelancong bertambah.

“Oleh itu, kami juga akan melihat dengan serius pada Undang-Undang Kecil Anti Sampah di mana kami tidak akan teragak-agak untuk mengeluark­an kompaun (di tempat kejadian) kepada pembuang sampah. Setiap orang, dan bukan pembersih Dewan Bandaraya sahaja mempunyai peranan untuk menjaga kebersihan bandaraya.

Justeru, beliau juga menyeru mereka yang tinggal di estet perumahan untuk membuang sampah di dalam tong sampah yang betul dan tidak menggunaka­n parit sebagai kebiasaan membuang sampah dari rumah mereka.

Nordin juga menyeru pemilik kawasan komersil serta penyewa, untuk memastikan bahawa lorong belakang dibersihka­n secara berkala untuk menghalang serangan tikus di kawasan tersebut.

 ??  ?? NORDIN (kanan) bersalaman dengan Shafie dalam kunjungan hormat itu.
NORDIN (kanan) bersalaman dengan Shafie dalam kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia