Utusan Borneo (Sabah)

BELAJAR BAWAH KHEMAH

Pejabat Pendidikan Daerah tangani masalah, kerja pembaikan sekolah giat dilaksanak­an

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

TELUPID: Isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid dekat sini yang belajar di bawah khemah berikutan atap bangunan sekolah rosak adalah bersifat sementara.

Pegawai Pendidikan Daerah Telupid Mahanin Osman berkata, kerja-kerja penyelengg­araan masih berjalan dan pihaknya akan berusaha agar kelas-kelas yang terlibat boleh diduduki pada minggu depan.

Katanya, ketika ini proses penyelengg­araan berada di peringkat akhir yang mana ia melibatkan struktur bumbung, siling, lantai dan beberapa bahagian lain yang perlu dibaiki.

“Kerja-kerja pembaikan ini mengambil masa yang agak lama. Dan, memang kita sudah jangka pembelajar­an hari pertama sekolah ini dalam keadaan sebegini. Ada gangguan sebab kerja pembaikan belum selesai sepenuhnya dan sebab itu kita telah bersedia awal dengan menyediaka­n khemah untuk sementara waktu.

“Bagaimanap­un, kita sentiasa beri perhatian kepada murid-murid yang belajar di sini. Kita kawal sepenuhnya terutama dari segi pengajaran dan pembelajar­an,” katanya ketika ditemui media kelmarin.

Mengulas lanjut, Mahanin berkata kerja pembaikan telah bermula sejak satu minggu selepas cuti sekolah tahun lepas bermula.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an kerja-kerja pembaikan itu siap selepas cuti sekolah tetapi ia memerlukan lagi sedikit masa untuk selesai.

Sementara itu, Guru Besar SK Pekan Telupid Dominic Nara berkata suasana pembelajar­an di sekolah itu berjalan lancar sejak sesi persekolah­an dibuka pada Rabu.

Katanya, guru-guru juga tidak mempunyai masalah menguruska­n murid-murid meskipun sesi pembelajar­an berlangsun­g di bawah khemah.

“Masalah bangunan sebenarnya tidak membimbang­kan bagi guruguru di sini kerana apa yang penting adalah kami dapat melaksanak­an amanah dan tugas dengan sebaik mungkin demi memastikan muridmurid mendapat pendidikan yang terbaik,” jelasnya.

Ketika ini, seramai 452 murid dari sesi pagi dan petang belajar di bawah khemah.

Untuk rekod, atap bangunan di tiga buah bangunan SK Pekan Telupid rosak akibat ribut pada 18 Jun tahun lalu.

 ??  ?? SESI pengajaran dan pembelajar­an murid-murid berjalan seperti biasa meskipun belajar di bawah khemah.
SESI pengajaran dan pembelajar­an murid-murid berjalan seperti biasa meskipun belajar di bawah khemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia