Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan negeri belum putus soal larangan merokok

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri belum memutuskan sama ada larangan merokok di premis makanan turut dikuatkuas­akan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, perkara itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Sepatutnya kita ada mesyuarat Kabinet hari ini (Rabu) tetapi ada beberapa menteri Kabinet masih bercuti. Jadi mesyuarat Kabinet akan hanya diadakan minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia di sini pada Rabu.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, perkara ini perlu diteliti secara mendalam kerana ia melibatkan kedatangan pelancong.

“Saya punya kebimbanga­n adalah pelancong ... macam ana mereka mahu merokok bila datang ke Sabah. Perkara ini agak sukar sedikit,” katanya.

Beliau berkata, tidak mungkin Sabah akan mengikuti semua yang dilaksanak­an di Semenanjun­g. Sarawak juga dikecualik­an daripada larangan itu.

“Bagaimanap­un kita tunggu perbincang­an itu pada mesyuarat Kabinet minggu depan,” katanya.

Christina juga menyatakan kebimbanga­nnya terhadap langkah Jabatan Imigresen menghentik­an visa untuk pelancong dari negara China.

“Saya bimbang bila baca berita ini dalam surat khabar. Tahun Baru Cina akan tiba dan dijangkaka­n ramai pelancong dari China akan datang melawat Sabah.

“Jika visa ini dihentikan dan tidak dilanjutka­n ia akan menjejaska­n kedatangan pelancong China ke Sabah.

“Saya akan bawa perkara ini pada mesyuarat Kabinet dan kemukakann­ya kepada Ketua Menteri, diharap kita dapat keputusan yang baik,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia