Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tawau rampas kain Bali, tahan penumpang wanita bot laju

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang wanita yang disyaki cuba menyeludup masuk lebih 100 helai kain Bali ke daerah ini, dalam Ops Gelora Khas di sini kira-kira jam 3 petang pada Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata suspek, 34, ditahan semasa menaiki bot laju dari arah Sg Hj Kuning Pulau Sebatik menuju jeti penumpang.

“Penahanan terbabit dilakukan di kawasan perairan Pelabuhan Tawau oleh botronda PSC50 PPM Tawau,” katanya menerusi kenyataan medianya di sini pada Khamis.

Mohamad berkata hasil pemeriksaa­n mendapati bot laju itu dijuragani oleh seorang lelaki tempatan yang berumur 34 tahun dan membawa kepada penemuan tiga plastik hitam.

Menurutnya, ketiga-tiga plastik hitam berkenaan didapati mengandung­i 120 helai kain Bali dan salah seorang penumpang (suspek) mengaku membawa kain itu dari Nunukan.

“Bagaimanap­un, penumpang itu gagal menunjukka­n sebarang dokumen kebenaran atau pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membawa barang berkenaan.

“Berikutan itu, kesemua barang rampasan yang dianggarka­n bernilai RM1,200 dan suspek terlibat dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penahanan barang dan suspek dilakukan mengikut Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa barang tidak bercukai untuk pasaran tempatan.

 ??  ?? PPM Tawau menemui kesemua kain Bali terbabit di dalam tiga plastik hitam di sebuah bot laju yang dijuragani seorang lelaki tempatan.
PPM Tawau menemui kesemua kain Bali terbabit di dalam tiga plastik hitam di sebuah bot laju yang dijuragani seorang lelaki tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia