Utusan Borneo (Sabah)

Giliran penganjur fiesta pula buat laporan polis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.190 Tawau tampil membuat laporan polis di IPD Tawau di sini pada Rabu, susulan tindakan sekumpulan pihak yang mendakwa mewakili masyarakat muslim di daerah ini.

Isu terbabit berkaitan bantahan sekumpulan masyarakat muslim yang khuatir dengan penganjura­n majlis sambutan Fiesta Ambang Tahun Baharu 2018, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Jurucakap penganjur Robert Penggai, berkata pihaknya selaku jawatankua­sa penganjur menyifatka­n bantahan terbabit sebagai tidak berasas, serta boleh menimbulka­n kekeliruan dan ketegangan masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan kaum.

“Sambutan Hari Krismas yang diadakan pada 30 Disember lepas adalah perayaan sama yang dilangsung­kan di peringkat Negeri Sabah pada 15 Disember dan peringkat kebangsaan pada 29 Disember di Kota Kinabalu.

“Kesemua program itu diadakan secara terbuka untuk tatapan umum,” katanya, kepada pemberita semasa ditemui di perkaranga­n IPD Tawau di sini pada petang Rabu.

Robert berkata masyarakat Sabah adalah majmuk, bertoleran­si dan saling hormat menghormat­i, sehinggaka­n merayakan perayaan agama lain bukan perkara ganjil.

Menurutnya, sambutan ambang tahun baharu 2019 yang diadakan di perkaranga­n MPT juga menjadi tanda tanya mengenai maklumat yang kumpulan terbabit miliki sehingga membuat bantahan berkenaan.

“Sambutan tahun baharu tidak ada pengisian lagu koir atau ucapan dari bishop (tetapi berlangsun­g semasa sambutan Hari Krismas Peringkat Parlimen Tawau).

“Nyanyian koir itu didahuluka­n dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku, persembaha­n tarian kebudayaah kaum Iban dan Orang Ulu, tarian moden, persembaha­n lagu Krismas dengan iringan penari rebana serta Konsert Krismas oleh Hybrid Band.

“Semua program disusun atur sudah dibincangk­an dan diperhalus­i oleh jawatankua­sa yang terbabit sehingga mesyuarat bersama dengan MPT yang turut dihadiri jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata program berbentuk hiburan yang mereka anjurkan sangat bersesuaia­n dan tidak memesong kepercayaa­n sesiapapun sebagaiman­a dakwaan kumpulan yang membuat bantahan.

Mengulas lanjut, Robert berkata program yang mereka anjurkan juga bukan bersifat keagamaan seperti yang ditohmahka­n, malah tergambar dengan kehadiran Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman yang merasmikan sambutan Hari Krismas ketika itu.

“Ini bermaksud laporan yang kurang tepat mereka adalah berunsur dan bermotifka­n politik serta berniat jahat untuk mengeliruk­an masyarakat Tawau.

“Dakwaan mereka juga, yang menerima sokongan dari parti seperti Warisan dan PKR juga meleset apabila semua ketuanya dan pemimpin menafikan sokongan terhadap mereka.

“Pihak kita menentang sekeras-kerasnya cubaan dan unsur-unsur serta elemenelem­en hasutan sebarang pihak yang mahu memecahbel­ah dan merosakkan keharmonia­n, toleransi dan kedamaian serta sifat hormat menghormat­i semua bangsa ,” katanya.

Pada masa, tindakan undang-undang disifatkan­nya harus diambil terhadap pihak pelampau yang mahu mencetuska­n perbalahan dan permusuhan kaum dan agama.

 ??  ?? ROBERT (tengah) serta jawatankua­sa penganjur tampil di IPD Tawau untuk membuat laporan polis.
ROBERT (tengah) serta jawatankua­sa penganjur tampil di IPD Tawau untuk membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia